100 tahun Bentley disambut serentak seluruh dunia

1979

10 Julai 2019 menandakan genap 100 tahun jenama mewah British, Bentley, angka yang dicapai oleh beberapa jenama tertentu sahaja.

Dengan sambutan dibuat di seluruh dunia, Bentley Kuala Lumpur baru-baru ini membuka pintu mereka dan mengalu-alukan kedatangan peminat dan rakan jenama itu.



Bentley telah muncul dari jenama biasa dan mendapat tempat mereka dalam dunia sukan permotoran. Mereka memenangi perlumbaan berprestij LeMans pada 1920an dan kembali semula dalam abad ke-21.

Terletak di Crewe, England dan dimiliki oleh Volkswagen AG sejak 1998, Bentley Motors kekal sebagai jenama mewah British terkenal. Mereka telah menghasilkan antara grand tourer prestasi terbaik di dunia.

Sepanjang hari 10 Julai lepas, bilik pameran Bentley Kuala Lumpur mempamerkan rangkaian model terkini mereka termasuklah Continental GT baharu, Bentayga V8 dan Bentayga W12.

Dipamerkan sebaris kereta-kereta ini adalah koleksi instrumen menulis edisi khas dari Graf von Faber-Castell yang dikeluarkan khas sempena ulangtahun 100 tahun itu.

Terdapat juga kaunter dimana peminat boleh dapatkan lakaran potret mereka yang dilukis oleh pelakar fesyen terkenal, Lihua Wong. Penulis pun sempat buat!

Barang ulangtahun lain yang dipamer adalah jam tangan mewah dari Breitling Premier Collection yang membawakan hasil kerja halus seperti yang dikenali pada Bentley. Koleksi ini menampilkan Premier B01 Chronograph 42 Bentley Centenary Limited Edition.

Bentley Kuala Lumpur pula melancarkan kemeja polo edisi khas Landmark Centenary Polo Shirt dari Bentley Collection.

Bentley EXP 100 GT konsep. Imej: Motor1.com

Di ibupejabat Bentley di United Kingdom pula, sambutan dibuat dengan pelancaran sulung Bentley EXP 100 GT, yang mana syarikat itu katakana sebagai “masa depan Grand Touring”.

Pelancaran itu dibuat melalui livestream video khas bermula pada jam 16:00 British Summer Time (23:00 waktu tempatan) di www.bentleymedia.com dan di Twitter @BentleyComms.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here