MotoGP baru berkuasa Elektrik atau dikenali MotoE telah melancarkan kalendar lima pusingan bagi musim pertamanya pada tahun 2019.
Ujian rasmi pertama MotoE akan berlangsung di Jerez pada 23-25 November. Dengan sesi yang dijadualkan pada 13-15 Mac dan 23-25 April sebelum memulakan kempen 2019.
Kempen MotoE yang pertama akan bermula di Jerez pada bulan Mei dan juga Grand Prix Perancis di Le Mans pada bulan yang sama.
Perlumbaan MotoE juga akan diadakan di Sachsenring pada bulan Julai dan di Red Bull Ring pada bulan Ogos. Sebelum musim itu berakhir pada hujung minggu GP San Marino di Misano.
Setiap perlumbaan MotoE akan berlangsung pagi hari Ahad selepas sesi pemanasan MotoGP, Perlumbaan melibatkan antara 7 dan 10 pusingan serta jarak yang lebih jauh dari pada pelan asal.
Kejohanan dengan 18 petak motosikal dimana enam pasukan iaitu Pasukan satelit MotoGP Tech 3, LCR, Pramac, Avintia dan Nieto serta skuad Gresini. Yang mengendalikan pasukan Aprilia meletakkan dua motosikal Energica Ego Corsa bersama enam lagi penyertaan pelumba persendirian.
Kejohanan Dunia Grand Prix Motosikal merujuk kepada perlumbaan motosikal paling utama yang setaraf dengan Formula Satu. Ia terbahagi kepada 3 kategori perlumbaan iaitu 125cc, Moto2 (sebelumnya 250cc) dan kelas MotoGP. MotoGP menggunakan motosikal khas yang hanya digunakan dalam perlumbaan dan tidak terdapat di atas jalan raya; tidak seperti Kejohanan Superbike Dunia yang menggunakan model motosikal superbike yang sedia ada untuk kegunaan di atas jalan raya.
Kredit : motosport.com