Bermotosikal ke tanah suci – korang bila?

1030

JAKARTA: Lelaki berasal dari Jambi, Lilik Gunawan membawa bersama anak lelakinya, Balda, yang baru berusia empat tahun mengembara dengan  bermotosikal ke tanah suci dan berharap sempat tiba di sana sebelum musim haji tahun ini.

Lilik, 38, anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) yang menunggang motorsikal N-Max. Kini berada di Malaysia sejak berlepas dari Semarang pada 8 Mei lalu.

Menurut Tribun News, dari Surabaya, dia menyeberang ke Banjarmasin dan menunggang ke Palangkaraya di Kalimantan sebelum memasuki Lundu di Sarawak dan seterusnya ke Kuching dan Miri untuk memasuki Brunei. Mereka tiba di Kota Kinabalu, Sabah pada 7 Julai lalu dan terbang ke Semenanjung Malaysia pada 10 Julai.



Lilik meneruskan perjalanan ke Thailand Sabtu lalu, melalui Bukit Kayu Hitam.

 

“Saya dan Balda sihat dan dalam keadaan baik, begitu juga dengan motosikal kami,” tulisnya dalam Facebook Jejak Palmar Jambi.

Menurutnya, selepas Thailand, dia akan melalui Myanmar, India, Pakistan, Oman, dan UAE sebelum sampai ke Arab Saudi.

Lilik yang menggunakan tema Ride for Moms, bertekad bermotosikal ke tanah suci dan ingin sampai di Makkah sebelum musim haji iaitu selewat-lewatnya 8 Ogos depan. Ride for Moms adalah dedikasi Lilik dan Balda untuk kaum ibu.

Misinya menemui tokoh yang boleh membantunya mendapatkan undangan haji untuk ibunya dan ibu Balda.

Ada beberapa tokoh yang boleh memberikan undangan haji, termasuk tokoh ulama di Banjarmasin, Sultan Brunei dan Raja Arab Saudi, Raja Salman.

“Saya dan Balda sudah sampai di Banjarmasin tetapi gagal bertemu dengan tokoh berkenaan kerana beliau berada di luar daerah.

“Saya juga sudah sampai di Brunei namun gagal bertemu Sultan Brunei. Sekarang tinggal Raja Salman,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here