KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) — Mercedes-Benz Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Claus Weidner sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu.
Beliau akan menggantikan Roland Folger yang akan menerajui Mercedes-Benz India Pvt. Ltd akhir tahun ini.
Weidner yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun memegang beberapa jawatan pengurusan dan pemasaran serta jualan di ibu pejabat Mercedes-Benz di Jerman, Hong Kong, Macau dan yang terkini di Indonesia.
“Tempoh lima tahun di Malaysia penuh dengan pengalaman dan kejayaan yang kami capai menjadi bukti kekuatan pasukan kami,” kata Folger dalam satu kenyataan hari ini.
“Dengan pengalaman luas dalam industri dan kepakaran dalam jualan dan pemasaran. Kami yakin bahawa beliau mampu menerajui pasaran dan mengekalkan kedudukan No.1 kami dalam pasaran automotif premium Malaysia. Beliau juga akan memainkan peranan utama dalam strategi pelanggan kami,” kata Dr. Claus Weidner, Ketua Rantau Asia Tenggara II.
Sejak 2011, di bawah kepimpinan Folger, Mercedes-Benz Malaysia berkembang menjadi jenama premium utama di pasaran Malaysia dan menjadi pengeluar kenderaan premium nombor satu.
Jopp merupakan tokoh penting dalam mengekalkan kedudukan Mercedes-Benz India dalam segmen kenderaan mewah. Mengakhiri tahun 2018 sebagai jenama kereta mewah paling laris untuk tahun keempat berturut-turut.
Beliau mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri automotif dan pernah menyandang jawatan-jawatang penting berkaitan Daimler dan Mercedes-Benz di Jerman.
Jopp merupakan graduan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Goizueta Business School di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. Beliau gemar bermain golf dan mengembara pada masa lapang.
Tambahnya lagi, “Jopp juga akan memainkan peranan utama dalam merangka strategi berkaitan pelanggan. Mengambil pendekatan holistik untuk kecemerlangan automotif dengan memberikan pengalaman terbaik bagi pelanggan kami, di samping memperkukuhkan portfolio produk kami.”