Bill Gates memiliki koleksi kereta menarik, ini yang kami tahu

2479

Bill Gates adalah individu terkaya dunia dengan memiliki USD72 bilion dengan menerima pendapatan USD114.16 setiap saat.

Antara tahun 1997 sehingga 2017, beliau pernah dilaporkan individu terkaya dunia oleh Forbes, tetapi ditewaskan oleh Jeff Bezos sejak beberapa tahun lalu.

Namun, Gates masih menduduki tangga kedua individu terkaya dunia. Jadi sudah tentu dengan kekayaan itu, beliau memiliki kenderaan yang cukup rare.



Pernahkah anda terpikir, kenderaan apakah yang dimilikinya. Ini beberapa kenderaan yang ada dalam garajnya.

Porsche (ada tiga model semuanya)

Bill Gates adalah pencinta kenderaan Porsche, beliau memiliki beberapa kenderaan itu dalam garajnya membabitkan Porsche 911 Carrera, Porsche 959 Coupe serta Porsche 930.

Porsche 911 Carrera 2 (Carrera Cabriolet 964)

Hanya 250 unit sahaja jentera itu dibina di dunia, sudah pasti beliau memilikinya.

Porsche 930 Turbo

Ini adalah Porsche 911 versi pengecas turbo. Gates pernah mengelarnya sebagai ‘The Rocket’. Kenderaan itu dijual pada tahun 90-an dan dihantar ke Vienna, Austria. Pemilik baharu dikatakan menjalani baik pulih jentera itu sebelum dijual menerusi bidaan tujuh tahun lalu.

Porsche 959 Coupe

Menariknya, kenderaan itu dilarang memasuki pasaran Amerika Syarikat kerana tidak mengikut standard emisi. Namun, peguam Gates membantu untuk memasuki negara berkenaan.

Jaguar XJ6

Ini adalah kereta terakhir Jaguar yang direka oleh pengasas jenama itu, William Lyons. Kenderaan itu dihasilkan sepanjang dua dekad.

Ferarri 348

Ferrari 348 adalah model terakhir yang menggunakan enjin V8 dibawah arahan Enzo Ferrari sebelum beliau meninggal dunia.

Ford Focus

Jangan pula anda terkejut, ya memang benar Gates memiliki Ford Focus 2008 dan memandunya ke pejabat beberapa kali.

Selain kenderaan di atas, beliau juga memiliki Mercedes-Benz, tetapi tidak pasti model yang mana. Sebenarnya, Gates tidak mendedahkan kenderaan kerana semuanya di simpan dalam garaj koleksinya. Jadi, agak sukar untuk mengenal pasti kenderaan yang dimiliknya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here