Honda X-ADV 150 VS Yamaha NVX 155, ini perbezaannya!

41758

Honda membuat kejutan dengan memperkenalkan skuter adventure, X-ADV 150 pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS).

Jentera yang diperkenalkan secara perdana itu diambil daripada inspirasi Honda X-ADV 750cc yang memiliki karakter menarik untuk ditunggang di jalan raya biasa atau laluan lasak.



Dari segi penampilannya, jentera ini tidak ubah seperti abangnya cuma saiz yang sedikit kecil.

Pada bahagian hadapan, ia menggunakan lampu LED berkembar yang turut dipadankan pelindung angin.

Jika mahu dibandingkan dengan Yamaha NVX 155, sebenarnya kedua-dua model itu tidak dalam kategori yang sama.

Yamaha NVX 155, bukannya kategori skuter adventure seperti jentera ini. Bagaimanapun perbandingan boleh dibuat berdasarkan kuasa enjin serta beberapa spesifikasi lain.

Jadi bagi memudahkan anda mengetahui perbezaannya, kami sediakan jadual seperti di bawah:

  Honda X-ADV 150 (Spesifikasi Indonesia) Yamaha NVX 155 (Spesifikasi Malaysia)
Enjin 149.3cc 155cc
Kuasa maksimun 14.4hp 14.7hp
Tork maksimum 13.2Nm 13.8Nm
Panjang 1,950mm 1,990mm
Lebar 763mm 700mm
Tinggi 1,153mm 1,125mm
Tayar depan 110/80-14 110/80-14
Tayar belakang 130/70-13 140-70-14
Transmisi V-Matic V-Belt

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here