Menaiki Proton R3 untuk perlumbaan Malaysian Championship Series

3126

Kami bersyukur diberikan peluang memandu uji kenderaan-kenderaan hebat di litar dalam sesi pandu uji media. Dan memang kami teruja setiap kali dapat jemputan. Tetapi baru-baru ini kami terima jemputan untuk melihat persediaan pasukan Proton R3 untuk perlumbaan Malaysian Championship Series (MCS 2019) dan peluang taxi ride bersama pemandu R3.

Kami cukup teruja kerana dua sebab. Jentera dari pasukan yang selalu memenangi perlumbaan, dan dipandu oleh pelumba profesional. Dan ya, mereka memenangi MCS 2019 Round 3 hujung minggu lepas.



Oh ya, lagi satu sebab, merasa pakai sut perlumbaan penuh! Biasanya media atau penumpang biasa boleh memakai pakaian biasa semasa taxi ride, tetapi sesi ujian baru-baru ini melibatkan kereta perlumbaan sepenuhnya.

Semasa sampai di paddock Proton R3, sudah terlihat ketiga-tiga jentera pasukan itu tersedia iaitu Proton Suprima S, Proton Iriz dan Proton Saga.

Penulis diberi peluang menaiki Suprima S yang dipandu oleh Mitchell Cheah, salah seorang pemandu terbaru pasukan R3.

Kesemua jentera ini dipacu oleh enjin 1.6-liter S4PH Twin Cam 16 injap yang menghasilkan kuasa kira-kira 200hp. Ya, 200hp dari enjin 1.6-liter NA.

Jangan tanya kami bagaimana Proton boleh capai kuasa setinggi itu dari enjin 1.6-liter tanpa turbo kerana itu adalah rahsia dan salah satu resepi kejayaan mereka.

Sudah tentu, kuasa sahaja tidak mencukupi untuk memenangi perlumbaan. Kesemua jentera dilengkapi komponen bergred perlumbaan seperti sistem pengurusan enjin Motec M800, rollcage, LSD, tempat duduk perlumbaan Recaro dan tangki minyak khas.

Selain itu, Proton R3 untuk perlumbaan Malaysian Championship Series ini mendapat penyerap hentak boleh-laras Ohlins TTX, sistem brek perlumbaan Alcon empat silinder di depan dengan kemasukan udara untuk penyejukan, dan tayar Yokohama Advan Neova AD08 bersaiz 195/50/15.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here