Beli minyak hitam dapat Ducati Monster

3537

Mimpi menjadi kenyataan buat juruteknik Khairil Anuar Abd Rasol, 35, apabila sebuah motosikal Ducati Monster 797 menjadi miliknya  setelah diisytihar sebagai pemenang Peraduan Beli & Menang Shell Advance baru-baru ini setelah membeli minyak.

Peraduan yang diadakan dari 1 April hingga 31 Mei 2018 ini, terbuka kepada semua pemilik motosikal yang membeli mana-mana minyak enjin motosikal atau minyak gear Shell Advance 4T. Dengan nilai minimum RM25 dalam satu resit dari rangkaian runcit Shell Advance yang sah.    



“Ganjaran ini hasil disiplin saya. Saya sememangnya sentiasa menggunakan minyak sintetik sepenuhnya Shell Advance Ultra kerana ia memberikan kilometer yang lebih jauh tanpa sebarang impak kepada prestasi dan menjadikan motosikal saya lebih ringan dan lebih berkuasa. Saya amat terkejut apabila menerima panggilan yang memaklumkan berita baik ini. Saya sangat teruja kerana langsung tidak menyangka untuk memenangi Ducati Monster ini,” kata Khairil, pemenang Hadiah Utama.

Peraduan Beli dan Menang Shell Advance bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan. Yang memilih untuk meletakkan kepercayaan mereka pada Shell Advance bagi perlindungan lengkap enjin motosikal mereka.

minyak

Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus mempunyai minyak asas jernih yang dihasilkan daripada gas asli. Dan membawakan pembersihan yang unggul serta perlindungan dari kehausan dan hakisan. Hasilnya adalah permulaan yang lancar dan kuasa yang berterusan pada setiap masa.

Perkongsian Teknikal Shell dengan Ducati membolehkan perkembangan produk Shell Advance yang diuji dalam banyak persekitaran.  Minyak enjin motosikal kami memberi manfaat kepada penunggang motosikal di seluruh dunia dengan teknologi canggih dan keyakinan untuk meredah segala cabaran.

 Ducati bukan sahaja menggunakan produk Shell di litar perlumbaan, tetapi juga memilih Shell Advance dan Shell V-Power. Sebagai bahan api utama untuk setiap motosikal Ducati yang muncul dari kilangnya di Bologna, Itali.

minyak

Saksikan aksi Shell dan Ducati di Shell Malaysia MotoGP 2018 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, dari 2 November hingga 4 November 2018.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here