Volkswagen Beetle ucap selamat tinggal

2080

SEBANYAK 405 unit Volkswagen Beetle menyertai perhimpunan terbesar “The Iconic Gathering” bagi mengucapkan selamat tinggal kepada model ikonik berkenaan.

Acara anjuran Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hujung minggu lalu bersempena berakhirnya pengeluaran model kereta ikonik Volkswagen Beetle berjaya menjadikan acara itu sebagai kenangan manis kepada Volkswagen dan pemilik Beetle.



Acara dimulakan awal pagi Sabtu dengan konvoi membabitkan 138 unit Beetle di Kuala Lumpur sebelum menuju ke Putrajaya. Untuk bergabung dengan sebahagian besar lagi Beetle yang menunggu di sana.

Secara keseluruhannya, sejumlah 405 unit Beetle berjaya dikumpul, menampilkan pelbagai imej sisi dari gaya standard hinggalah diubah suai.

“Ia acara yang menyentuh hati bagi kami, untuk melihat barisan demi barisan kereta Beetle yang ada hari ini. Saya yakin semua pemilik yang terbabit juga berkongsi rasa yang sama. Kami menghargai pemilik yang hadir jauh dari Perlis hinggalah dari Johor Bahru,” kata Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter.

Miliki Beetle Collector’s Edition

Daripada ratusan Beetle, tiga daripadanya dinobatkan sebagai “Best in Show”, sementara sebuah Beetle mendapat undian paling popular di media sosial untuk memenangi “Most Liked Car”.

Fairul Irwan, Raja Gopal dan Thavanesan Selvaratnam dipilih sebagai pemenang “Best in Show”, manakala Siti Aishah Ismail yang memuat naik foto dalam Instagram bersama Beetle miliknya menerima anugerah “Most Liked Car”.

Dalam acara sama, VPCM turut mempamerkan Beetle Collector’s Edition yang ditawarkan hanya 75 unit di pasaran negara ini. Model ini sangat popular dikalangan peminat Beetle

Ditawarkan pada harga RM164,390, model itu didatangkan dengan sijil pemilikan rasmi dan dilengkapi aksesori bernilai RM12,000.

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here