Vettel mahu akhiri mimpi ngeri di laman sendiri

1393

Sebastian Vettel dan Ferrari berharap dapat mencuri kemenangan daripada Lewis Hamilton dan Mercedes pada Grand Prix Jerman hujung minggu ini.

Vettel, juara empat kali mahu mengakhiri “mimpi ngeri” tahun lalu apabila beliau yang bermula dari petak utama mengalami kemalangan dan memberikan kejayaan kepada lawannya dari Britain itu.

Vettel hanya memenangi satu perlumbaan iaitu di Belgium tahun lalu, sejak insiden memalukan di Jerman.



Juara dunia lima kali dan juga pendahulu tahun ini, Hamilton pula tidak menoleh ke belakang apabila mendahului kejuaraan dengan 39 mata di depan rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas.

Veettel yang dilahirkan berhampiran Heppenheim, mengakui kesilapan dan kekecewaan dilakukan memberi kesan terhadap pemburuan kemenangan.

Hamilton pula memburu kejayaan kelimanya di Jerman hujung minggu ini dengan Mercedes bakal meraikan rekod ke-200. Sebagai pengeluar terbaik dan juga keempat di Hockenheim, di mana menyaksikan tuah belum menyebelahi Vettel.

Satu-satunya kejayaan di Jerman dicapai Vettel adalah di Nurburgring pada 2013, setahun selepas kejayaan terakhir Ferrari di Jerman. Apabila Fernando Alonso mencipta kemenangan di Hockenheim pada 2012 – satu rekod yang tidak menggembirakannya.

“Saya tahu bagaimana dan saya tahu yang kami perlu baiki daripada apa yang berlaku tahun lalu,” kata Vettel.

Sebastian Vettel

Sebastian Vetttel (lahir 3 Julai 1987 ) ialah seorang pemandu Formula Satu dari negara Jerman, yang kini memandu untuk pasukan negara Austria, Red Bull Racing. Beliau ialah Juara Duniayang terkini, selepas memenangi kejuaraan tersebut pada tahun 2010, 2011, dan 2012.

Dalam tahun pertamanya untuk Red Bull pada tahun 2009, Vettel menamatkan musim sebagai naib juara untuk Kejuaraan Pemandu Dunia yang termuda. Beliau juga mendapat petak pertama yang pertama bagi Red Bull dan memenangi perlumbaan pertama dalam sejarah pasukan tersebut. Pada tahun berikutnya, beliau menjadi pemandu termuda untuk menjuarai Kejuaraan Pemandu Dunia.

Pada tahun yang sama, beliau membantu Red Bull untuk memenangi Kejuaraan Pengeluar Dunia yang pertama mereka. Pada tahun 2011, beliau menjuarai Kejuaraan Pemandu Dunia buat kali kedua. Untuk menjadi pemandu termuda untuk menjuarai dua kejuaraan dunia berturut-turut. Vettel memenangi Kejuaraan Dunia F1 tahun 2012, dan menjadi pemandu termuda untuk memenangi tiga kejuaraan pemandu dalam sejarah sukan tersebut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here