[VIDEO] SUV Mercedes-Benz diperkemas ciri baharu

2522

Mercedes-Benz GLE-Class yang diubah suai reka bentuknya sudah melancarkan video bagi menunjukkan beberapa perubahan dilakukan pada jentera itu.

BMW X5 yang dikatakan akan dilancarkan pada tahun depan dengan reka bentuk yang baharu, namun GLE diperbaharui cirinya dan sekarang jarak rodanya dipanjangkan sebanyak 80 milimeter (3.15 inci).



Lampu LED penuh yang mewah bukan sahaja kelihatan menarik. Ia juga memberi pencahayaan jauh ke hadapan lebih dari 650 meter (2,132 kaki).

C-pillar yang lebar kelihatan biasa kepada peminat M-Class / GLE-Class. Malah ia dapat membantu generasi baru membuat persamaan visual dengan model yang terdahulu.

Walaupun ada yang mengatakan reka bentuk luaran model ini sebagai evolusi. Bagaimanapun, kabin itu mempunyai sedikit persamaan dengan keluaran yang terdahulu.

Ruang dalamnya yang luas juga menyebabkan Mercedes bakal menawarkan SUV terbaiknya dengan pilihan barisan tempat duduk penumpang ketiga. Ia sekali gus menjadi saingan hebat kepada model dari Bavaria.

Di tengah papan pemuka pula terdapat sistem infotainment MBUX baru Mercedes dengan sepasang skrin 12.3 inci sebagai peralatan standard.

Berikutan pendedahan secara online pada awal minggu ini. Mercedes GLE baru bakal melakukan pelancaran secara terbuka di Pameran Motor Paris pada bulan hadapan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here