Kit ini mampu jadikan Land Rover Defender lebih mantap dan berkuasa

2789

Land Rover Classic melancarkan kit naik-taraf yang meningkatkan prestasi untuk Defender 90 dan 110. Ia berdasarkan Defender V8 yang habis dijual tahun lepas sempena ulangtahun ke-70 syarikat itu.

Kit naik-taraf dari firma rasmi Land Rover itu merangkumi naik-taraf enjin, roda, suspensi dan brek. Ia boleh dipasang pada Defender generasi sebelum ini yang dikeluarkan dari 1994 hingga 2016.



Kit ini dibangunkan kerana terdapat permintaan tinggi dari Defender V8 berkuasa 399hp yang mendapat peningkatan kuasa dan pengendalian menyeluruh.

Komponen yang ditawarkan termasuklah Suspension Upgrade Kit untuk Defender dari tahun 2007, yang mendapat suspensi yang ditala untuk keselesaan on-road dengan kadar spring, penyerap hentak, bar anti-oleng, links dan bushing yang diubah-semula.

Kit ini berharga RM11,292 untuk Defender 110 dan RM9,161 untuk Defender 90.

Handling Upgrade Kit pula yang berharga RM52,219 (Defender 110) dan RM50,088 (Defender 90) memberikan cakera brek, pad dan angkup brek lebih baik. Pilihan paling murah ialah rim sawtooth 18-inci yang cuma berharga RM2,171 setiap satu.

Terdapat juga kit penuh Defender Classic Works Upgrade, ditawarkan untuk model 2.2-liter TDCi yang dikeluarkan selepas 2012 berharga RM85,408, termasuk pemasangan Land Rover Classic.

Pakej ini memberikan lebih upgrade dari kit lain, tayar baharu dan naik-taraf enjin yang menambah 39hp kepada 160hp, dengan kelajuan maksima 171km/j.

Kit penuh ini turut merangkumi lencana khas dan lawatan ke fasiliti Land Rover Classic di Coventry semasa mengambil kenderaan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here