Politeknik PD juara Pertandingan Kepintaran Yang Memberi Inspirasi

1960

Politeknik Port Dickson telah muncul juara dalam Pertandingan Kepintaran Yang Memberi Inspirasi (Intelligence That Inspires) anjuran Proton. Pasukan itu telah mengalahkan 11 lagi pasukan lain dalam peringkat akhir yang diadili oleh tujuh orang juri bertempat di Centre of Excellence (COE), Shah Alam.

Pasukan Politeknik Port Dickson yang bernama Eureka ini mencuri hati barisan juri pada Pertandingan Kepintaran Yang Memberi Inspirasi dengan idea inovatif mereka serta mempamerkan pembentangan yang baik. Tempat kedua ialah pasukan Alpha dari Taylor’s Lakeside Campus manakala tempat ketiga ialah Alpha Visionaries dari UTAR Kampar.



Untuk memastikan para peserta peringkat akhir ini didedahkan dengan sebanyak mungkin pengalaman sebenar dunia pekerjaan, Proton telah memanggil pakar-pakar dalam bidang pemasaran dan media untuk menjadi juri.

Diketuai oleh Cheng Seng Fook, Pengarah Jualan dan Pemasaran Proton serta juri-juri dari industri pemasaran iaitu Tuan Abang Jimmy Abang Mordian, Ketua Pemasaran PETRONAS Dagangan, Assoc. Prof Dr Norbani Che Ha, Ketua Jabatan Pemasaran fakulti Perniagaan & Perakaunan di Universiti Malaya dan Encik Devan Perinpanay, Pengurus Negara VM Ware Malaysia.

“Tahap pemikiran asli, daya kreativiti dan keyakinan yang ditunjukkan oleh setiap kumpulan di peringkat akhir ini telah memberi kejutan kepada para juri. Kami juga pernah menjadi pelajar seperti mereka jadi kami tahu bahawa untuk membentangkan idea kepada barisan pakar di industri jelas memerlukan banyak latihan dan keyakinan diri.

“Bagi saya, setiap peserta kumpulan di peringkat akhir ini adalah pemenang yang mempunyai masa depan cerah dalam mana-mana industri yang mereka mahu sertai kelak, jadi saya berasa senang hati untuk melihat masa depan negara kita yang akan diterajui oleh rakyat Malaysia yang sangat pintar,” kata Cheng Seng Fook.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here