BMW sah M3 2020 sah pacuan roda belakang dan terdapat pilihan manual!

2365

Beberapa perkara penting mengenai BMW M3 generasi terbaharu akan datang telah disahkan oleh bos bahagian BMW M, iaitu Markus Flasch.

Dalam satu temuramah dengan Car Magazine, Flasch berkata M3 dengan kod G80 akan datang itu bakal dikuasai enjin 3.0-liter enam-silinder twin-turbo, iaitu enjin sama yang diguna pada X3 M dan X4 M.

Imej: Motor1.com

Dua tahap output enjin akan ditawarkan, iaitu 480hp untuk standard manakala 510hp berkemungkinan untuk versi Competition.



Untuk saluran kuasa, sistem sama pada M5 akan digunakan, iaitu unit AWD (pacuan semua roda) dengan pilihan mod RWD (pacuan roda belakang). Namun, terdapat juga versi untuk purist, menurut bos M itu.

Imej: Motor1.com

Model M3 dan M4 untuk purist ini akan mempunyai kuasa lebih rendah, sekitar 450hp dan akan ditawarkan dengan transmisi manual dan terhad kepada (syukur) pacuan roda belakang sahaja, lengkap dengan pengunci pembeda elektronik.

Kenderaan ini akan dipasarkan sebagai driver’s car, dan tidak diberi penekanan dengan teknologi dan prestasi, sebaliknya untuk kepuasan pemanduan.

BMW M3 G80 2020 ini akan dipamerkan bersama M4 di Frankfurt Motors Show pada September ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here