Tips ‘Lifehack’ yang boleh dipraktik untuk penunggang motosikal

1381

Peminat tegar dunia automotif  dan penunggang motosikal sudah tentunya seringkali menonton atau membaca tips-tips tentang cara menjadikan kenderaan lebih bersih atau kelihatan baru, tapi dengan menonton video, sudah tentu anda bakal tahu tips yang lain dari lain.

Pemilik akaun Youtube yang menggunakan nama Fortnine ini memaparkan cara-cara ‘lifehacks’ ketika menunggang motosikal.

Tips yang dikongsikan bukan sahaja mengenai penunggangan, tetapi juga tips tentang penyelengaraan seperti cara membersihkan topi keledar.



Fortnine menyarankan supaya membasuh visor topi keledar menggunakan syampu anti-kelemumur kerana ia mampu mengurangkan kesan wap dari pernafasan kita.

Tips lain yang dicadangkan  kepada penunggang adalah dengan membeli magnet bersaiz sederhana bertujuan melekatkan plastik jenis zip-lock di tangki motor.

Ia untuk meletakkan peta atau alatan lain. Penggunaan magnet seperti ini memastikan plastik yang mengandungi peta akan kekal di tangki motor anda dan pada masa sama dapat membantu untuk melalui jalan yang betul dengan bantuan peta itu.

Para penunggang yang suka menunggang moto dan memakai sarung tangan boleh cuba tips ini untuk mengelakkan tangan dari basah akibat berpeluh dan menjadi licin dengan menyarung sarung tangan getah yang selalunya dipakai doktor mahupun jururawat.

Lain dari lain kan tips ni, tapi berguna untuk mereka yang mengalami peluh di tapak tangan.

Selamat mencuba tips-tips ini para riders!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here