TRAPO Mark II pastikan kabin kereta anda bebas kuman

2007

TRAPO Asia baru-baru ini memperkenalkan TRAPO Mark II, iaitu penambahan terkini kepada rangkaian karpet kereta mereka.

Dengan TRAPO Mark II, syarikat tempatan itu mensasarkan untuk memperkukuhkan kehadiran mereka dalam industri di peringkat tempatan dan antarabangsa.



Selama tiga tahun lepas, TRAPO telah menguasai 6 peratus dari pasaran kereta baru didaftarkan di Malaysia.

Ia telah memperoleh 80,000 pelanggan dan berkembang ke pasaran negara-negara jiran seperti Indonesia dan Singapura.

Pengasas TRAPO, Tzong dan Zare yakin bahawa syarikat itu mampu menembusi lebih pasaran dengan pengenalan Mark II ini.

TRAPO juga menggunakan teknologi Backtekiller dari Fuji Chemical Industries Co Ltd dimana ia mamou menyingkirkan 99 peratus bakteria dari permukaan karpet kereta.

Dengan perjanjian yang ditandatangani oleh TRAPO dengan Fuji Chemical, ia menjadikan TRAPO satu-satunya syarikat karpet tempatan yang menggunakan teknologi Jepun di Malaysia.

Tambahan lagi, menurut satu kajian oleh Nielson, Malaysia merupakan negara ketiga tertinggi di dunia untuk pemilikan kereta, dengan 93 peratus dari isi rumah memiliki kereta.

Memahami potensi dan peluang itu, Tzong dan Zare menghasilkan karpet pintar dan mesra alam. Ia menggunakan 50 peratus bahan mentah kitar semula dan 50 peratus lagi gentian khas, menjadikan karpet itu kalis air dan mampu memerangkap kotoran dengan berkesan.

Untuk maklumat lanjut mengenai TRAPO, layari www.trapo.asia/my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here