Benarkah Johann Zarco akan meninggalkan Pasukan KTM pada akhir musim MotoGP 2019?Tidak pasti kemana hala tuju Zarco ,memandangkan semua pasukan telah terisi pelumba masing-masing.
Pengumuman itu dibuat di Facebooknya selepas tamat perlumbaan MotoGP Austria.Keputusan itu diambil selepas perbincangan dengan KTM di Red Bull Ring.
Walaupun sudah terkenal, Johann Zarco telah berjuang sepanjang musim di KTM dengan RC16, namun ia masih menjadi kejutan besar melihat dia meninggalkan dengan tergesa-gesa.
Nampaknya sekarang KTM mempunyai slot kosong untuk tahun depan. Sementara Pol Espargaro tetap meneruskan dengan Pasukan Red Bull KTM.
Manakala Miguel Oliveira dan Brad Binder akan menunggang Pasukan Perlumbaan Red Bull KTM Tech 3.
Nampaknya Pasukan KTM akan kehilangan 2 pelumba iaitu Zarco dan Hafizh Syahrin Pelumba Red Bull KTM Tech 3 yang telah digantikan oleh Brad Binder.
Kedua pelumba ini masih lagi belum mendapat sebarang tawaran untuk menyertai mana-mana pasukan dalam MotoGP di musim 2020.