Pada akhir Ogos lalu, Mercedes-Benz melakonkan semula perjalanan Bertha Benz dalam sebuah video. Perjalanan itu dipercayai sebagai pemanduan jarak jauh pertama dalam sejarah.
Ianya sebagai tanda untuk meraikan pemanduan sejauh 106 km (66 batu) Bertha Benz yang merupakan isteri kepada pencipta automobil Mercedes-Benz yang rasmi, iaitu Karl Benz.
Kejadian yang bersejarah ini berlaku pada tahun 1888 dan jentera yang digunakan ialah Benz Patent-Motorwagen Model III.
Perjalanan ini menjadi sejarah kerana ia merupakan pengembaraan jarak jauh menggunakan jentera sekali gus menjadikan Bertha Benz sebagai pemandu wanita pertama dunia.
Perjalanan itu sendiri menakjubkan atas beberapa sebab. Pertama, tempat yang dilalui itu mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kedua, disebabkan banyak halangan yang perlu diatasi bagi menjayakannya.
Akhir sekali, ia membuktikan ciptaan Benz mampu membentuk abad pada masa hadapan dan menjangkaui ciptaan-ciptaan lain dalam sejarah.
BERTHA AND KARL
Bertha Benz yang lahir pada tahun 1849 di Ringer dan berasal dari golongan kelas atasan. Dia lebih cenderung kepada bidang teknikal, namun pada waktu itu, hak wanita dinafikan untuk mempunyai pendidikan tinggi, Bertha tidak berpeluang untuk merealisasikannya.
Sejak dari awal Bertha ingin membuktikan pada dunia yang wanita juga mampu melakukan perkara hebat. Disebabkan Bertha merupakan golongan atasan, dia menjadi pelabur walaupun dia tidak berpeluang untuk mendapatkan pendidikan.
Bertha bertemu dengan Karl pada tahun 1869 dan Karl sudah pun menjalankan usaha untuk ciptaannya. Di situ Karl memberitahu Bertha yang ketika itu bersama ibunya tentang kenderaan tanpa kuda yang dia impikan.
Dua tahun kemudian, Karl bersama rakan kongsinya August Ritter menubuhkan Bengkel Kejuruteraan Mekanikal, sebuah syarikat di Mannheim bertujuan untuk menjadikan impiannya sebuah realiti. Namun perkongsian dengan Ritter merupakan kegagalan kerana perniagaan mereka semakin merosot.
Nasib baik Bertha berasal dari keluarga yang kaya, dia akhirnya membeli syarikat itu dari Ritter bagi pihak Karl dan mengahwininya pada tahun 1872.
Bertha lah yang membiayai pembangunan Benz Patent-Motorwagen yang membantu jentera itu siap sepenuhnya pada tahun 1885.
Kereta yang digunakan
Jentera yang siap sepenuhnya itu pada tahun 1885 itu kemudiannya di tayangkan kepada dunia pada tahun berikutnya di Ringstrasse, Mannheim.
Versi pertama Benz Patent-Motorwagen, iaitu Model 1, merupakan jentera dengan 3 roda yang menggunakan sebuah enjin pada bahagian belakangnya, diperbuat daripada tiub keluli dengan panel kayu.
Ia menggunakan enjin empat-silinder tunggal 954 cc yang menghasilkan kurang daripada satu kuasa kuda. Ya, satu.
Model-model berikutnya, 2 dan 3, mendapat peningkatan kuasa yang jelasnya dengan peningkatan kuasa 1.5hp and kemudian semakin baik dibandingkan dengan yang asal.
Walaupun ramai yang berminat dengan jentera yang dibina oleh Karl Benz, hanya beberapa orang yang membelinya kerana Model 1 berharga setara dengan $4,000 dalam tunai hari ini.
Mereka yang membelinya hanya menggunakan jentera itu untuk perjalanan jarak dekat, tidak seperti yang Karl mahu kan.
Bertha sebagai usahawan mahu melakukan sesuatu untuk menarik minat orang ramai dan membuktikan bahawa jentera itu mampu pergi lebih jauh.
Pemanduan bersejarah
Pemanduan jarak jauh pertama ini merupakan gabungan sejarah dan lagenda. Menurut berita rasmi yang disahkan Mercedes-Benz, Bertha memandu Model 3 tanpa pengetahuan suaminya. Dia bersama anak lelakinya Richard dan Eugen memulakan pemanduan mereka.
Perjalanan itu membawa mereka dari rumah mereka di Mannheim kepada Pforzheim, bandar tempat tinggal Bertha dan ibunya dulu.
Bertha terpaksa menolak jentera itu bersama anak-anaknya ketika melalui jalan berbukit dan berlumpur kerana jentera itu tidak mampu menampung berat penumpang dan kerana masih tiada jalan elok untuk kenderaan pada waktu itu.
Jentera itu pada awalnya menggunakan bahan api yang dinamakan ligroin dan mereka tidak mempunyai bahan api yang cukup sewaktu dalam perjalanan. Untuk mendapatkan bahan api bagi Model 3, mereka terpaksa berhenti di kedai-kedai yang menjual bahan api itu.
Walaupun Bertha cuba membuktikan kehebatan kenderaan itu, dia tetap mengalami beberapa masalah mekanikal seperti tangki minyak yang tersumbat, salah satu rantai keretanya terputus, masalah pad brek yang diperbuat daripada kayu mula gagal berfungsi dan air yang digunakan untuk menyejukkan enjin mudah ter-evaporasi.
Untuk mengatasi masalah itu, Bertha menggunakan pin dari topinya untuk membaiki tangki minyak yang tersumbat itu, menggunakan khidmat tukang besi untuk membetulkan rantai, bekerjasama dengan tukang kasut untuk menukarkan pad brek yang diperbuat daripada kayu kepada kulit dan memastikan air sentiasa mengalir sebaik yang mungkin.
Mereka akhirnya berjaya sampai ke destinasi dan kembali pulang ke Mannheim beberapa hari kemudian. Mercedes-Benz juga menyatakan bahawa sepanjang perjalanan tersebut, “ mereka yang berada di jalan berdoa kerana takut pada raksasa yang berasap ini, manakala sebahagian lainnya ingin cuba menaikinya.
Sudah tentu lah, susah untuk menentukan samada ianya betul atau tidak. Kejayaan pemanduan itu jika dilihat dari segi kewangan tidak lah begitu hebat. Sepanjang lima tahun selepas itu, hanya 25 Patent-Motorwagens dibina oleh Benz.
Namun begitu, terdapat beberapa pengajaran yang didapati sepanjang perjalanannya itu dimana Bertha mengetahui cara untuk menyelesaikan masalah pada kenderaan itu.
Kereta dari Mercedes-Benz diperbaharui dan menjadi lebih baik dan baik sehingga sekarang menjadi salah satu jenama automobil yang terkenal.
Bagi Bertha pula, namanya telah dimasukkan ke dalam Dewan Kemasyhuran Automotif pada tahun 2016.