Valentino Rossi mendedahkan reka bentuk helmet terbarunya di Misano MotoGP dan ia diilhamkan dari filem ‘Back to the Future’.
Tiada yang lebih indah pada pagi Sabtu buat Rossi di trek MotoGP Misano melainkan rekaan helmet terbaru miliknya.
Tahun ini juara dunia sebanyak sembilan kali itu meraikan kepulangannya ke Misano dengan topi keledar AGV Pista GP R. Yang direka khas dengan menggunakan grafik ‘Back to the Future’.
Rekaan grafik watak Marty McFly dan Doc pada topi keledar itu ditukarkan kepada wajah Valentino dan ketua krewnya, Silvano Galbusera.
Valentino Rossi (lahir 16 Februari 1979 di Urbino) adalah seorang pelumba motosikal profesional berbangsa Itali serta juara dunia berbilang kali di dalam kejohanan MotoGP. Beliau adalah salah seorang daripada pelumba motosikal paling berjaya sepanjang zaman, dengan 8 kali gelaran juara dunia acara MotoGP.
Pada tahun 2006, beliau terlepas gelaran ke-8 beliau kepada Nicky Hayden, dan tahun seterusnya pula dengan Casey Stoner. Menurut Sports Illustrated, Rossi adalah atlet sukan dengan pendapatan ke-7 tertinggi di dunia. Dan kedua di luar Amerika Syarikat, dengan pendapatan lebih kurang AS$30 juta setahun.
Mengikuti jejak langkah ayahnya, Graziano Rossi, Rossi mula berlumba di dalam Grand Prix Motosikal pada tahun 1996 untuk pasukan Aprilia dalam kategori 125 cc dan memenangi kejohanan sulung beliau pada tahun berikutnya.
Dari situ, beliau beralih ke kategori 250 cc, sekali lagi dengan Aprilia, dan memenangi kejuaraan seterusnya pada tahun 1999. Beliau memenangi gelaran juara 500 cc dengan mesin Honda pada tahun 2001 dan seterusnya kategori MotoGP (juga dalam pasukan Honda) pada musim 2002 and 2003, dan seterusnya beralih ke pasukan Yamaha di mana beliau memenangi dua lagi gelaran juara dunia pada musim 2004, 2005 dan 2008.