Untuk membuka tirai separuh masa kedua 2019, UMW Toyota membawakan kemaskini kepada Hilux, Fortuner dan Innova. Untuk 2019 ini, Toyota Hilux Black Edition diperkenalkan untuk menggantikan Hilux 2.8 L-Edition. Versi Black Edition ini lebih menonjol dengan tema hitam dan kelabu gelap di luar.
Untuk 2019 ini, Hilux 2.8 Black Edition diperkenalkan untuk menggantikan Hilux 2.8 L-Edition. Versi Black Edition ini lebih menonjol dengan tema hitam dan kelabu gelap di luar.
Kemasan hitam ini turut terdapat di pemegang pintu, perumah lampu kabus, cermin sisi dan rim 18-inci. Kemasan kelabu gelap pula diberikan pada pelindung bampar dan gril.
Varian Black Edition ini menjadi varian tertinggi dan dijual pada harga RM139,888 (Semenanjung Malaysia, pendaftaran persendirian dan tanpa insurans).
Lain-lain varian yang ada termasuk 2.4 Single Cab M/T, 2.4 Single Cab M/T, 2.4 STD M/T, 2.4 G M/T, 2.4 G A/T dan 2.4 L-Edition A/T, yang dijual pada harga antara RM90,000 dan RM124,888.
Di dalam, skrin 6.75-inci kini mendapat infotainmen baharu berserta Android Auto dan Apple CarPlay secara standard.
Ciri keselamatan juga dipertingkat pada Toyota Hilux Black Edition ini, iaitu Blind Sport Monitor (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).
Toyota Fortuner
Bagi SUV Fortuner pula, Toyota telah memberikan peningkatan dari aspek ciri hiburan dan keselamatan tetapi tanpa kenaikan harga.
Pertamanya, Android Auto dan Apple CarPlay diberikan pada unit infotainmen-nya yang boleh diakses dari skrin 9-inci.
Kemudian, ia kini dilengkapkan dengan tujuh beg udara sebagai perlindungan tambahan. Pelanggan juga boleh memilih untuk memasang perakam video digital (DVR) atau dash-cam kepada Fortuner mereka, dan ia akan dipasang oleh juruteknik bertauliah UMW.
Harga bagi Fortuner 2.7 SRZ AT dan 2.4 VRZ AT ini tidak berubah, namun varian 2.4 AT kini dijual pada RM171,500.
Toyota Innova
Sama seperti Fortuner, Innova ini juga kini mendapat Android Auto dan Apple CarPlay untuk unit hiburannya.
Ia juga mendapat naiktaraf dari segi keselamatan dengan Blind Spot Monitor (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA), serta pilihan untuk memasang DVR.
Terdapat tiga varian ditawarkan bagi Innova terkini, semuanya dikuasakan oleh enjin 2.0 liter; Innova 2.0X A/T, Innova 2.0G A/T dan Innova 2.0E A/T yang tidak melibatkan perubahan harga berbanding sebelum ini.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman toyota.com.my atau menghubungi talian bebas tol Toyota 1-800-8-TOYOTA (869682).