Roll Royce milik Muhammad Ali bakal dijual

1977

Roll-Royce model Silver Shadow Convertible dua pintu ini dibeli oleh juara peninju dunia, Muhammad Ali pada tahun 1970 sedang mencari pemilik baru.

Kereta itu dikatakan dibeli sempena meraikan Muhammad Ali yang berjaya mendapatkan semula lesen tinju. Itu pun selepas tiga tahun berjuang dengan pihak berkuasa atas keengganannya untuk bertarung di Vietnam.

Ia dikatakan dijual tanpa dijaga dengan elok. Kemungkinan harganya dapat dikurangkan sewaktu pembidaan berlangsung.



Roll Royce

Walaupun usia kereta klasik ini sudah hampir 50 tahun. Keadaaannya masih agak baik dan hanya memerlukan beberapa pembaikpulihan.

Rolll-Royce itu dilengkapi dengan enjin V8 189bhp 6.75 liter, bersama-sama dengan reka bentuk dalaman yang menggunakan kulit serta kemasan cat berwarna perak yang elegan.

Roll Royce

Roll-Royce mula memperkenal model jenis Silver Shadow ini pada tahun 1965 dan meneruskan mengeluarkan model ini sehingga tahun 1980.

Anggaran hanya sebanyak 30,000 kereta jenis ini dikeluarkan Rolll-Royce sebelum diganti dengan model empat pintu Silver Spirit.

Roll-Royce Silver Shadow antik milik peninju terkenal ini bakal dibida di jualan Bonham di Zoute, Holland.

Muhammad Ali (lahir Cassius Marcellus Clay, Jr.; 17 Januari 1942 – 3 Jun 2016) ialah seorang legenda tinju dunia dari Amerika Syarikat, dianggap antara peninju heavyweight terhebat dalam sejarah sukan ini. Beliau ialah Muslim pertama menjadi peninju dunia yang terkenal di kalangan umat Islam seluruh dunia, bukan sahaja kerana kehebatannya, malah juga kerana prinsipnya. Beliau juga telah dinobatkan sebagai “Sportsman of the Century“oleh Sports Illustrated dan “Sports Personality of the Century” oleh BBC.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here