Penulis tidak pasti bagi anda para pembaca, tetapi penulis lihatkan scene atau budaya stance (kereta dengan tayar terkangkang) agak sepi kebelakangan ini. Lebih banyak budaya permotoran yang lebih serius dilihat pada Kedah Stance Attack Reborn seperti sukan drag, gymkhana dan time attack.
Tetapi ternyata budaya stance belum tenggelam, seperti dibuktikan oleh Kedah Stance Attack Reborn yang diadakan baru-baru ini.
Diadakan pada Sabtu lepas (24 Ogos 2019) di Kompleks Sukan Hi-tech Kulim, Kedah, acara ini menghimpunkan dan memanggil segala macam gaya kereta stance untuk turun berhimpun.
Kedah Stance Attack Reborn ini dianjurkan oleh Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK), menampilkan penyertaan kira-kira 100 buah kereta dari seluruh Malaysia. Ia ditaja oleh Nanostix.
Pelbagai kereta menarik yang telah di-stance-kan (eh ada ke perkataan tu?) hadir hari itu. Kebanyakan peserta terdiri dari model-model Proton dan Perodua.
Acara ini dijalankan dengan konsep meet and greet atau perjumpaan santai. Alaa macam korang TT biasa malam hujung minggu tu. Berjumpa, berhimpun dan berkenalan.
Walaupun hujan turun sebentar membasahi tapak acara, Alhamdulillah ia tetap berjalan lancar dan meriah. Semua peserta pun sporting!
Tutur memeriahkan acara ialah ahli kelab kereta klasik yang hadir dengan kira-kira 30 buah kereta kesemuanya.
GKKnK menganjurkan Kedah Stance Attack Reborn ini setiap tahun dan semoga tahun-tahun akan datang lebih meriah lagi.
Sesungguhnya bagus untuk melihat semua budaya permotoran giat dan aktif di negara kita kerana setiap cabang budaya itu ada peminatnya.
Penghargaan dan terima kasih kepada Raziman SiPico dan Northern X Media untuk sumbangan gambar dan laporan!