Proton Saga R3 masuk perlumbaan kali pertama, terus podium!

4237

Pasukan Proton Saga R3 dan Proton Iriz 2019 mendominasi Pusingan 4 untuk Malaysia Championship Series (MCS) 2019. Mereka mencatat kemenangan berganda dan seterusnya menjadikan Fariqe Hairuman dan Syafiq Ali berada di tangga teratas dalam kelas M-Production.

Sementara itu, Proton Saga 2019 yang membuat kemunculannya dalam perlumbaan ini dengan pemandunya Admi Shahrul terus mendapat podium.



Dia bermula di kedudukan ketujuh dan tamat di tempat keempat dalam perlumbaan sulung itu. Kemudian dalam Race 2 pada hari Ahad, dia tamat di tempat ketiga.

Dengan ini, Proton R3 yakin bahawa mereka dapat mempertahankan kejuaraan pengeluar dan pemandu untuk MCS musim 2019 ini.

Proton R3 jemput rakyat Malaysia jadi sebahagian dari pasukan

Proton R3 baru-baru ini melancarkan satu pertandingan dimana ia boleh membenarkan peserta menyerlahkan bakat mereka pada jentera perlumbaan Proton R3.

Pertandingan Design for Speed itu mengajak rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas untuk merekabentuk livery paling kreatif untuk kereta lumba Proton Saga. Kereta ini akan berluma dalam S1K pada 22-24 November ini.

Pemenang akan diberikan hadiah wang tunai berserta jemputan ke perlumbaan sebagai tetamu VIP pasukan Proton R3.

Selain itu, rekaan livery pemenang hadiah utama akan diletakkan pada salah satu dari dua jentera Proton Saga R3 yang bersaing dalam perlumbaan itu nanti.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here