Sebastian Vettel harap tuah beraksi di GP Belgium

1234

Sebastian Vettel berharap dapat memperbaiki musimnya bersama Ferrari minggu ini dan mengejar kemenangan pertama selepas lebih setahun apabila Formula Satu (F1) kembali beraksi di Grand Prix Belgium.

Juara dunia empat kali itu memenangi perlumbaan di Litar Spa-Francorchamps, namun tidak lagi bergelar juara sejak itu sekali gus perlu menggunakan kelebihan jentera Ferrari sepenuhnya untuk menambah koleksi kemenangannya yang terhenti pada angka 52.



“Ini adalah litar legenda dan ia salah satu kegemaran saya,” kata pelumba Jerman itu menjelang perlumbaan pada Ahad ini apabila dia dan seluruh warga F1 kembali selepas cuti pertengahan musim panas Eropah.

“Ada pendakian dan menurun dan sebahagiannya melalui hutan – apabila anda belajar dan faham, mustahil anda tidak menyukainya.”

Bagaimanapun untuk memenangi perlumbaan Vettel sedar dia bukan saja perlu menewaskan rakan sepasukan, Charles Leclerc, tetapi juga pendahulu dan juga juara bertahan lima kali, Lewis Hamilton.

Lewis Hamilton berkelebihan 62 mata di hadapan rakan sepasukan Mercedes, Valtteri Bottas yang memasuki usia 30 tahun semalam (Rabu) dan pelumba itu dijangka kekal bersama pasukan tahun depan.

Sementara itu, bos Ferrari, Mattia Binotto berkata: “Saya rasa Spa lebih sensitif dengan kuasa, tetapi tiada apa boleh dicapai dengan mudah.

“Dan saya rasa situasi kali ini berbeza dengan Budapest, jadi kita akan cuba lakukan persediaan yang terbaik untuk mencari kemenangan pertama.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here