VW Arteon sedan berkuasa 280PS ditayang di VW Fest 2019

1728

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) turut menggunakan kesempatan pada VW Fest 2019 untuk menayangkan sedan sporti mereka yang sangat seksi dan menarik, iaitu VW Arteon.

Ini kali pertama kami melihat sedan ini dan harus dikatakan, ia sangat menggiurkan.



Volkswagen Arteon bakal dilancarkan di Malaysia pada Oktober nanti dan harga anggaran untuk jentera ini adalah sekitar RM290,000 hingga RM310,000.

Jadi, power sangat ke kereta ni?

Ya, memang sangat power. Ia berkuasa 280PS dan 350Nm tork dan dikuasakan dari enjin 2.0-liter TSI yang sama terdapat pada Golf R.

Enjin ini menyalurkan kuasanya ke semua roda melalui transmisi dwi-klac DSG 7-kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4MOTION.

VW Arteon telah dibina menggunakan pelantar Volkswagen Group iaitu Modular Transverse Matrix (MQB). Jentera ini juga memakai kit badan R-Line, rim 19-inci, dan tayar 245/40 R19.

Pada jentera ini, terdapat sistem Dynamic Chassis Control (DCC) dimana ia mempunyai pilihan mod Eco, Normal, Sport, dan Invidual untuk menyesuaikan dengan keadaan pemanduan. Sistem ini bekerja dengan pembeda elektronik XDS.

Pada ruangan dalam, jentera ini dilengkapi dengan paparan instrumen Active Info Display yang besar, dan sistem infotainmen Discover Pro dengan skrin sesentuh 9.2-inci.

Jadi, apa pendapat anda dengan Volkswagen Arteon ini? Adakah ia padan dan berbaloi dengan harganya?  

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here