TC Subaru tambah ruang pameran

1463

Pengedar utama kenderaan jenama Subaru, TC Subaru Sdn Bhd  bakal menambah empat lagi ruang pameran baharu jenama itu menjadikan jumlah keseluruhan 45 cawangan pada penghujung tahun ini.

Pengerusi dan Pengarah Urusan TC Subaru , Tan Chong International Limited, Glenn Tan berkata, buat masa ini terdapat 41 ruang pameran di seluruh negara dan penambahan ruang baharu ini akan memberikan nilai tambah bagi perkhidmatan selepas jualan.



“Pusat pameran Subaru di Petaling Jaya adalah yang pertama diubah suai dengan menerapkan elemen teknologi dan gaya hidup untuk pengalaman lebih menarik kepada pelanggan dan bakal diluaskan kepada cawangan lain secara berperingkat,” katanya pada pelancaran model Subaru Forester Serba Baharu.

Antara ciri lain yang diketengahkan termasuklah teknologi Realiti Terimbuh (AR) dan Realiti Maya (VR) membolehkan pelanggan memilih warna dan kemasan serta melihat paparan 360 darjah luaran dan dalaman kenderaan.
 
“Malah, kami turut menyediakan Subaru Loves Children & Babies Forest iaitu ruang khas untuk keluarga dan anak bermain dengan tema pengembaraan hutan belantara sementara menunggu kenderaan diservis,” katanya.
 
Terdahulu, Subaru Forester Serba Baharu yang dilancarkan kini tampil dengan ciri terkini dan keselamatan termaju dibina di atas Platform Global Subaru yang import sepenuhnya dari Thailand.
 
Kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz pertengahan itu menawarkan enjin 2.0 liter Boxer pacuan semua roda (AWD) Simetri melalui kotak gear Transmisi Boleh Ubah Berterusan (CVT) baharu tujuh kelajuan dengan mod manual serta ciri lain seperti X-Mode untuk laluan lasak.
 
Ia juga dilengkapi ruang kargo lebih besar yang ditambah 251 liter menjadikan 1,775 liter serta jarak roda 30 milimeter (mm) berbanding generasi sebelumya menjadikan ruang kaki penumpang bertambah sebanyak 33mm.
 
“Forester Serba Baharu lebih besar dan baik dengan menggabungkan empat elemen teknologi Subaru Core iaitu selamat, selesa, menyeronokkan kepada pemandu dan penumpang,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here