Karekter Enjin Unik – Moto Guzzi V85 TT

1636

Moto Guzzi V85 TT. Sebuah motosikal dengan karekter enjin yang cukup unik.

Satu jenama yang berada di pasaran antarabangsa melebihi 70 tahun.Di luar negara jenama MotoGuzzi mendapat tempat di hati peminat dua roda khususnya yang sukakan keunikan.



Tester berpeluang menguji model Moto Guzzi V85 TT baru-baru ini.

Model ini nampak rendah.Namun bila dudok di atas motosikal, baru sedar V85 TT tinggi.

Yang peliknya ini merupakan sebuah motosikal dari Eropah, sudah menjadi tradisi motosikal keluaran Eropah semuanya tinggi.

Namun keunikannya model ini, walaupun tinggi tetapi kedua belah kaki masih mampu berpijak ke bumi tanpa perlu berwaspada.

Ujian dilakukan di waktu siang,malam dan juga dalam hujan.Cuma dengan Moto Guzzi V85 TT ujian tambahan di lakukan di jalan Off Road.Bersesuaian dengan karektor motosikal.

Hasil selepas ujian , terdapat 10 sebab utama mungkin boleh membantu peminat versi ‘Adventure’ dalam membuat pemilihan yang sesuai untuk mereka mengembara atau pun meredahi jalan off road.

10 Perkara Tentang Moto Guzzi V85 TT  Perlu Diketahui .

1) Ketinggian sesuai untuk penunggang Asia.

Sudah tradisi motosikal keluaran Eropah sememangnya tinggi. Namun Moto Guzzi V85 TT agak berbeza. Nampak rendah tetapi bila berada diatas motosikal terasa tingginya.

Peliknya apabila motosikal dipecut laju, kita boleh terasa satu perubahan iaitu badan motosikal terasa semakin menurun atau rendah.

2) Klasik Enduro

Reka bentuk unik dengan paparan ‘Retro’ serta mampu berdaya saing di  segmen off road.

3) Motosikal Adventure yang Ergonomik.

Sebuah motosikal Adventure maka ergonomiknya adalah tepat. Hendal bar mudah dijangkau, ia tidak terlalu luas serta tidak terlalu rendah. Menunggang di jalan raya atau off road tanpa perlu berfikir panjang.

4) Panel Meter terkini .

Panel instrumen datang dengan skrin TFT yang menawarkan grafik biru. Pelbagai maklumat yang berguna kepada penunggang terpampang di skrin sewaktu menunggang.

Tidak ketinggalan Moto Guzzi V85 TT juga ada pilihan untuk sambungan ke telefon penunggang.

5) Karekter Enjin yang unik. 

Isu ini teramat sensitif dan mempengaruhi bakal pemilik dalam menilai reputasi sesebuah motosikal.Model ini di bekalkan dengan 6 transmisi kelajuan.

Enjin V Twin 90 darjah dengan kedudukan melintang, Sistem penyejukkan udara, Moto Guzzi V85 TT menawarkan 80hp pada 7,750 rpm dan 80Nm pada 5,000 rpm.

Sebaik saja enjin dihidupkan, enjin akan bergoncang ke kiri dan kanan. Ini adalah karekter enjin Moto Guzzi. Setiap kali gear di tukar dapat dirasakan casis akan bergoyang.

Itu sebenarnya tidak memberikan sebarang gangguan ketika menunggang. Sewaktu pecutan kita akan terlupa motosikal tersebut adalah jenama Moto Guzzi, enjin tidak bergoncang.

Karekternya sama seperti motosikal lain.Keupayaan kuasa yang dihasilkan oleh enjin amat sempurna.

Tester kategorikan model V85 TT terdapat keseimbangan hebat antara prestasi enjin dan ketangkasan casis.

6) Suspensi belakang Unik.

Kebiasaannya absorber belakang akan tergantung di cassis atau terletak di tengah badan. Tetapi bagi moto Guzzi V85 TT agak unik.

Absorber belakang tergantung di tepi dan diikat pada shaft. Kedudukan absorber di sebelah kanan serta tunggal. Kestabilan terbukti khususnya semasa mengambil selekoh.

7) Sistem Brek Terkini.

Sistem brek Brembo dengan cakera terapung berkembar 320mm tersedia di depan dan cakera tunggal 260mm kaliper dua piston di belakang.

Sistem brek sama seperti yang terdapat di Superbike.

Brek terasa lembut baik pada brek tangan mahupun brek kaki. Cengkaman yang dihasulkan melalui ABS terbukti meyakinkan penunggang.

8) Kusyen yang lembut

Tempat duduk yang lembut dan selesa mempengaruhi penunggang dalam menuju destinasi yang di rancang. Moto Guzzi V85 TT ,jentera Multi Purpose (Dwi Guna).

Sebuah motosikal yang menyajikan keselesaan tempat duduk dengan pelbagai definasi. Antaranya penunggang tiada sekatan sewaktu mengubah kedudukan dalam masa cepat.

Ruang kusyen depan dan belakang cukup luas serta tidak menjurus kearah keresahan kepada penunggang mahupun pembonceng terutama menunggang di jarak jauh.

Kusyen yang lembut ini juga disokong oleh suspensi depan dan belakang walaupun menunggang di jalan off road.

9) Sesuai untuk perjalanan jauh.

Trend terkini, motosikal  versi ‘Adventure’ di negara kita  merupakan satu kemudahan untuk mengembara ke destinasi yang jauh.

Ketahanan enjin,penjimatan minyak,keselesaan tempat duduk bagi penunggang dan pembonceng serta pengendalian.

Itu semua merupakan isu utama bagi mereka yang berhajat mengembara. Tetapi hasil ujian yang di lakukan pada jarak 400km.

Isu tersebut diklasifikasikan 0.1 peratus ada pada Moto Guzzi V85 TT. Hasil ujian Tester dapati Moto Guzzi V85 TT memiliki dan sesuai kepada mereka yang berhajat mengembara jauh, apatah lagi secara berpasangan.

10) Pengendalian Mudah Di Off Road.

Model V85 TT yang tersedia dengan 3 Mod. Road,Rain dan Off Road.

Cukup mudah dengan sekadar mengubah dari Mod Road kepada Mod Off Road, segala-galanya dikontrol oleh motosikal. Penukaran hanya memakan masa 0.1 saat sahaja.

Penunggang hanya perlu mengendalikan motosikal. Ujian singkat di jalan batu kerikil dan berpasir telah saya lakukan hampir 15km.

Sepanjang ujian tersebut ada masanya saya terpaksa berdiri. Walaupun saya kurang mahir dengan tunggangan di permukaan off road.

Namun perasaan konfiden agak tinggi dengan Moto Guzzi V 85TT. Ini mungkin di sebabkan suspensi depan dan belakang bertindak dengan mantap.

Kesimpulannya jentera ini adalah sebuah motosikal Dwi Guna dengan karekter yang menakjubkan. Sudah banyak varian adventure yang saya pernah tunggang uji.

Namun V85 TT berjaya menawan hati untuk menunggang dan terus menunggang.

Jentera ini  datang dengan dua pilihan warna. Merah dan kuning serta warna hitam dan kelabu.

SPESIFIKASI: Moto Guzzi V85 TT

Enjin: 853cc, berkembar 90 ° V berkembar, dua injap setiap silinder (titanium intake)
Kuasa maksimum: 80hp pada 7,750rpm
Tork maksimum: 80Nm pada 5,000rpm
Transmisi :Enam kelajuan

Suspensi depan: garpu atas teleskopik 41mm hidraulik, dengan preload spring laras dan pemulihan hidraulik
Suspensi belakang: Lengan ayunan bermuka dua dengan preload spring laras dan rebound hidraulik

Brek depan: Double 320mm cakera terapung, callipers Brembo radial dipasang dengan 4 piston
Brek belakang: cakera 260mm, calliper terapung dengan 2 piston

Kapasiti bahan bakar: 21 liter

Berat basah: 229kg

Harga Yang di tawarkan RM79,888 (tidak termasuk cukai jalan,insuran dan yuran pendaftaran)

Galeri : Moto Guzzi V85 TT

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here