Utama Berita Automotif Alif Ashraf dapat sentuhan pelumba MotoGP, Moto3

Alif Ashraf dapat sentuhan pelumba MotoGP, Moto3

1999

Pelumba Yamaha Motor Malaysia, Muhammad Alif Ashraf Tahiruddin, 17, menerima ‘sentuhan’ dua pelumba dunia semasa menjalani latihan di Tavullia, Itali, baru-baru ini.

Pelumba MotoGP, Franco Morbidelli dan pelumba Moto3, Andrea Migno berkongsi teknik-teknik senaman di gimnasium sebelum memberi tunjuk ajar dengan simulator lumba diikuti kaedah lentur dan regangan Pilates pada hari pertama latihan.



Franco Morbidelli

Muhammad Alif Ashraf kini mengikuti program Kem Master VR46 Yamaha edisi kelapan bermula 4 September lalu bersama empat lagi pelumba muda iaitu Sawapol Nillapong, 16, dan Suttipat Patchareetorn, 18, dari Yamaha Motor Thailand; McKinley Kyle Paz, 18, (Yamaha Motor Filipina) serta Jake LeClair, 18, (Yamaha Motor Kanada).

andrea migno

Kesemua mereka turut menjalani latihan menggunakan jentera YZ250F di bawah tunjuk ajar pelumba yang pernah menjuarai beberapa kejohanan trek tanah rata di England, Amerika dan Eropah iaitu Marco Belli.

Menurut Muhammad Alif Ashraf, dia sangat berbesar hati diberikan peluang untuk menjalani latihan profesional sedemikian.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here