Ferrari F8 Spider adalah pencabar McLaren 720S Spider

3660

Kita semua tahu Ferrari F8 Spider akan hadir, dan pengeluar kereta Itali itu telahpun mendedahkan kereta sport berenjin tengah itu.

F8 Spider dikuasakan oleh enjin V8 3.9-liter berkembar yang sama seperti coupe F8 Tributo untuk mengepam 711hp dan 770Nm tork. Ferrari berkata bahawa F8 Spider boleh mencapai 100km/j dari pegun dalam masa 2.9 saat, mencecah 200km/j dalam 8.2 saat, dan meneruskan kelajuan tertinggi 340km/j.



Enjin itu sendiri sangat mirip dengan unit yang menguasakan Ferrari 488 Pista, dan disebabkan itu ia menghasilkan spesifikasi yang sama. Ferrari juga menggunakan manifold ekzos untuk F8 Tributo dan F8 Spider yang dibuat dari Inconel yang ringan.

Ferrari menyatakan berat tanpa cecair jentera ini adalah sekitar 1,400kg dengan semua pilihan gentian karbon. Tapi ini masih lebih berat sedikit dari F8 Tributo.

Seperti 458 Spider dan 488 Spider sebelum ini, Ferrari F8 Spider menggunakan bumbung boleh laras yang boleh ditarik balik. Ia hanya mengambil masa 14 saat untuk terbuka atau tertutup dan boleh dikendalikan pada kelajuan sehingga 45km/j.

Reka bentuk F8 Spider yang diubahsuai dari 488 Spider yang terdahulu diterjemahkan ke dalam sistem penyejukan yang lebih baik dan juga downforce yang lebih besar. Syarikat itu mengatakan kereta baru itu 10 peratus lebih cekap aerodinamik daripada model 488 Spider.

Sama seperti model Spider yang lain, jentera ini menggabungkan sistem Ferrari Side Slip Control  6.1 serta sistem Ferrari Dynamic Enhancer (FDE +). Sistem ini menggunakan perisian Ferrari untuk menyesuaikan tekanan brek pada kaliper semasa membelok, sesudah membelok, dan juga dalam keadaan cengkaman rendah.

Ferrari masih belum mmengeluarkan harga untuk Tributo F8. Kereta itu akan diperkenalkan di Frankfurt Motor Show minggu ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here