Michael Schumacher jalani ‘rawatan rahsia’ di Paris

1733

Bekas juara dunia Formula Satu (F1) Michael Schumacher dimasukkan ke hospital di Paris untuk menjalani rawatan perintis.

Juara dunia tujuh kali itu, yang akan berumur 50 pada Januari, tidak kelihatan dalam kalangan orang awam sejak mengalami kemalangan sewaktu meluncur salji di Pergunungan Perancis lima tahun lalu.



Sehingga kini, keadaan dirinya masih dirahsiakan.

Bagaimanapun, pemandu Jerman itu dimasukkan ke hospital Pompidou, hospital di tenggara Perancis, semalam untuk melalui rawatan ‘stem-cell’ yang akan dilakukan oleh pakar bedah Perancis, Philippe Menasche yang juga pakar jantung.

Doktor berusia 69 tahun itu yang terkenal di serata dunia kerana melakukan pemindahan sel embrio pertama dunia terhadap pesakit yang mengalami masalah hati pada 2014.

Akhbar Le Parisien melaporkan: “Pada jam 3.40 petang semalam pengusung tiba di tingkat pertama Hospital Eropah Georges Pompidou.”

Tubuh Michael Schumacher atau Schumi ditutup kain biru dengan wajah dan tubuhnya turut dilitupi,” ketika dibawa ke Pusat Pemerhatian Berterusan Jabatan Pembedahan Kardiovaskular.

Kontinjen terdiri daripada 10 orang, menurut laporan berita itu dengan menambah Professor Menasche mengetuai kumpulan itu.’

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here