Terpegun dan memang “Terhebat” acara perasmian 1st DIBW 2019. Dengan Tag line NO COMPLAINT. N0 DIFFERENCE. NO BOUNDARIES. yang sinonim dengan apa yang di pertontonkan kepada pengunjung sepanjang majlis perasmian.
1st Desaru International Bike Week 2019 telah membuka tirainya malam tadi.Majlis perasmian disempurnakan oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim,penaung diraja bagi program DIBW 2019.
Upacara perasmiannya cukup simbolik. Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menghidupkan enjin motosikal Harley Davidson Softail Breakout 114 sebagai tanda perasmian DIBW 2019.
Upacara perasmian DIBW 2019 penuh warna warni dengan pelbagai persembahan kebudayaan tempatan dan dari beberapa negara jiran.
Turut hadir meyerikan lagi upacara perasmian ialah Tuan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan Toh Puan. YAM Tengku Seri Temengong Raja,Dato Sri Tengku Baharuddin Ibni Sultan Mahmud serta Toh Puan.
1st Desaru International Bike Week 2019 merupakan perhimpunan bertaraf antarabangsa.
Dapat disaksikan kehadiran beberapa wakil kelab motosikal dari Indonesia,New Zealand, Thailand, Filipina ,Korea ,Brunei dan Kemboja.
DIBW 2019, sememangnya acara yang ‘GAH‘, acara yang berjaya membuka mata masyarakat antarabangsa serta acara yang menjana ekonomi di masa hadapan.
Sepanjang 25km persisiran pantai Desaru bermula 13-16 sept, pelbagai acara di 4 lokasi berbeza di penuhi pelbagai acara permotoran dan juga sukan rakyaat.
Ternyata DIBW 2019 bukan hanya mengamit pemilik dan peminat motosikal sahaja, malahan menyantuni penduduk setempat untuk turut sama.