Proton Holdings Berhad yaitu Proton catat pertumbuhan jualan sebanyak 36.5 peratus tahun ini dengan rekod jualan 61,396 unit berbanding 45,062 unit pada 2018.
Pengarah Jualan dan Pemasarannya Cheng Seng Fook berkata, antara faktor perkembangan positif ini ialah melalui pengenalan model Proton X70 yang menyumbang 23 peratus kepada keseluruhan jualan.
“Selain X70, model Saga juga menjadi penyumbang terbesar melalui model terbaharunya yang dilancarkan pada Ogos lalu dan sehingga kini sudah menerima lebih 12,000 unit tempahan,” katanya kepada media ketika sesi pandu uji 1 Tank Adventure di sini semalam.
Selain Proton catat pertumbuhan jualan, Proton Persona juga mencatatkan pertumbuhan yang positif sebanyak 65 peratus berbanding 2018 serta pendahulu pasaran untuk sedan segmen-B pada Jun dan Julai lalu.
Menurutnya, prestasi model Iriz turut menerima peningkatan tiga kali ganda dan Exora adalah kenderaan pelbagai guna (MPV) segmen-C paling laris jualannya di negara ini.
“kami mendahului jualan di lapan negeri seluruh Malaysia disokong pengenalan model menarik serta teknologi terkini.
“Kami juga sudah membuka 102 pusat jualan, servis dan alat ganti (3S) dan 4S di seluruh negara,” katanya.