Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo and Franco Morbidelli menampilkan aksi cemerlang selepas menduduki tempat kedua dan kelima di Grand Prix San Marino dan Rimini Coast di Litar Misano Marco Simoncelli di Itali pada Ahad.
Fabio yang bermula di petak ketiga mencatatkan masa 42 minit 26.066 saat, manakala Morbidelli merekodkan 42:37.937s dalam perlumbaan 27 pusingan itu.
Kemenangan itu menyaksikan Fabio memenangi podium keempatnya, setelah memperoleh kemenangan di GP Catalunya (tempat kedua), GP Belanda (tempat ketiga), dan juga GP Austria yang mana pelumba Perancis berusia 20 tahun itu menduduki tempat ketiga.
Juara dunia, Marc Marquez dari Repsol Honda Team memperoleh kemenangan ketujuhnya musim ini setelah mencatat 42:25.163s, sementara rakan senegara dari Sepanyol, Maverick Vinales dari Monster Energy Yamaha MotoGP di tempat ketiga dengan 42:26.799s, menurut laman web MotoGP www.motogp.com.
Terdahulu, pelumba Moto3 Petronas Sprinta Racing, John McPhee meraih podium ketiga, musim ini selepas menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan 23 pusingan.
Pelumba berusia 25 tahun itu, yang bermula di petak ke-14, jatuh ke tangga ke-18 selepas mengelak dua kemalangan kecil semasa perlumbaan sebelum melonjak ke kedudukan kedua dalam pusingan terakhir perlumbaan.
Rakan sepasukannya, Ayumi Sasaki dari Jepun, bagaimanapun gagal untuk menamatkan perlumbaan selepas terlibat dalam kemalangan dengan tiga pelumba lain dalam pusingan pembukaan.
Untuk rekod, McPhee memenangi GP Perancis, selain menduduki tempat ketiga di GP Austria.
Dalam aksi Moto2, Adam Norrodin yang menggantikan Khairul Idham Pawi yang menjalani proses pemulihan, gagal membuat penampilan terbaik selepas terlibat dalam perlumbaan awal.
Perlumbaan MotoGP 2019 akan diteruskan dengan perlumbaan GP Aragon di Sepanyol dari 20-22 Sept.