Honda CX 500 Memukau Pengunjung – DIBW 2019

2641

Honda CX 500 telah memukau ribuan mata di ruang pameran motosikal DIBW 2019.

1st Desaru International Bike Week 2019 (DIBW 2019) telah menutup tirai. Pelbagai cerita dan kenangan selama 4 hari berlangsungnya acara yang julung kali diadakan.



Namun disebalik cerita dan kenangan tersebut, tercungkil khazanah yang berusia 41 tahun di DIBW 2019. Teramat rugi kepada yang tidak berkesempatan menyaksikannya.

Pernahkah pembaca motoqar mengetahui akan kehadiran model ini ke negara kita?

Jawapannya kemungkinan besar tidak. 2 buah sahaja model Honda CX 500 dibawa masuk ke Malaysia. Dan yang masih dapat dilihat hanya sebuah sahaja.

Honda CX500 tersebut adalah kepunyaan Raja Hanif Raja Hassan. Insan yang  kreatif,berjiwa halus serta pengumpul motosikal “Rare”. Sentuhan Raja Hanif ternyata lumayan hasilnya.

Bermula dari motosikal keluaran British dan kini beralih arah kepada motosikal dari negara Jepun.

Menurut beliau, motosikal tersebut bukan saja untuk pameran,malah beliau juga kerap menunggang bagi jarak jauh. Bergantung pada masa dan keadaan.

Segala alat ganti Honda CX 500 di import dari luar negara.Dapat dilihat keaslian aksesori sepertimana keluaran kilang. Cukup teliti Raja Hanif menjaga motosikal serta masih mengekalkan warna asal.

Menyentuh penglibatan beliau di DIBW 2019, Raja Hanif dijemput oleh pihak penganjur bagi pertontonkan koleksi motosikalnya sepanjang berlangsungnya DIBW 2019.

Nampaknya percaturan penganjur DIBW 2019 adalah tepat. Kemunculan Honda CX 500 menjadi tarikan pengunjung. Dan sentuhan Raja Hanif  telah mendapat pengiktirafan.

Beliau telah dianugerahkan “Persembahan Terbaik Pengumpul Motosikal”.

Matlamat 1st Desaru International Bike Week tercapai,selain mengumpulkan pemilik motosikal malah berjaya mencungkil rahsia tersembunyi seorang pengumpul motosikal.

Harley Davidson keluaran 1947, Honda CB 900F, Yamaha YA 6 (1 dalam Asia)  dan banyak lagi semuanya berkategori klasik. Itu antara koleksi motosikal yang dimiliki oleh Raja Hanif.

Raja Hanif merupakan penyambung legasi dari keluarga yang sebati dengan dunia permotoran.

Beliau turut menyokong acara DIBW 2019 yang bukannya khusus untuk peminat motosikal, malah menarik minat rakyaat Negeri Johor menceburi bidang automotif.

 

 

 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here