Hafizh Syahrin teruja beraksi di Grand Prix Aragon

1177

Pelumba profesional negara, Hafizh Syahrin teruja beraksi di Grand Prix Aragon, perlumbaan di Litar MotorLand Aragon nanti pastinya satu detik yang dinantikan.

Grand Prix (GP) Aragon hujung minggu ini menandakan berakhirnya jelajah benua Eropah sebelum kempen Kejuaraan Motosikal Dunia memasuki Asia dan Australia.



Pelumba Red Bull KTM Tech3 itu mempamerkan peningkatan terutamanya pada dua pusingan lalu apabila berjaya menamatkan saingan dalam kelompok pungutan mata secara berturut-turut di GP Britain dan GP San Marino.

“Saya tidak sabar untuk ke Aragon, pusingan berturut-turut selepas di Misano (San Marino),” kata Hafizh yang menemui garisan penamat di tempat ke-15 di Litar Misano bagi membolehkannya mengutip satu mata.

“Saya sedikit kecewa daripada perlumbaan terakhir kerana saya tidak mempunyai keserasian dengan jentera di GP San Marino.

“Bagaimanapun, secara keseluruhan kami perlu menggunakan sebaik mungkin daripada apa yang ada. Kami terus berusaha gigih dan lihat apakah yang mampu dilakukan sebelum penghujung musim di Eropah ini sebelum kami beraksi di luar.

“Saya hanya mahu melakukan yang terbaik dan cuba menikmati tunggangan bersama jentera ini biarpun ia bukan sesuatu perkara mudah pada masa ini.”

Berbaki enam pusingan, Hafizh Syahrin teruja beraksi di Grand Prix Aragon dan kini berada di tangga ke-24 keseluruhan dengan tujuh mata manakala pelumba Repsol Honda Team, Marc Marquez mendahului carta pelumba MotoGP dengan 275 mata.

Malaysia dijadual menjadi tuan rumah untuk pusingan kedua terakhir pada 3 November ini sebelum kempen 2019 menutup tirainya di GP Valencia, dua minggu selepas itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here