5 komponen enjin kereta yang mesti sentiasa diservis

13257

Terdapat 5 komponen enjin yang mesti diservis setiap masa. Sekiranya perkara ini dilakukan, sudah tentu anda akan mendapat pemanduan yang optimum hasil daripada penjagaan komponen enjin yang baik. Penjagaan dalaman kereta ibarat menjaga kesihatan tubuh. Sekali ‘jatuh sakit’, jenuh keluar duit merawatnya. Oleh itu, semua pemilik kenderaan perlu mengetahui asas penjagaan enjin supaya prestasinya berada pada tahap optimum.

Antara 5 komponen enjin yang penting tersebut ialah:



1.Penapis udara

Pastikan penapis udara selalu di tukar dalam keadaan berkala diantara 25,000km ke 40,000km. Ini untuk memastikan udara yang masuk ke dalam enjin sentiasa bersih dan dapat meningkatkan jangka hayat enjin serta penggunaan bahan api.

2. Minyak enjin

Pastikan selalu servis minyak enjin pada masa yang tepat. Elakkan jarak perjalanan kereta melebihi had jangka hayat minyak enjin. Selain itu, jangan lupa gunakan minyak enjin yang mengikuti spesifikasi enjin tersebut. Gambar di bawah akibat daripada sikap pemandu yang mengambil mudah terhadap penukaran minyak enjin

3. PENAPIS PETROL

Hal ini kebanyakan pengguna kereta selalu terlepas pandang sehingga penapis petrol rosak. Komponen ini antara penyebab sesuatu enjin tidak menghasilkan prestasi yang baik. Jadi, para pengguna mesti mengambil berat tentang tempoh penukaran komponen ini yaitu tukar sekiranya kereta anda telah bergerak sejauh 80,000km ke 100,000km.

4. SPARK PLUG

Komponen ini juga merupakan salah satu hal yang rumit bagi pengguna untuk menukarnya. Kebanyakan pengguna akan menukar kompenen ini apabila merasakan prestasi enjin mereka sudah mula berkurang. Perlu diingatkan bahawa spark plug ini memainkan peranan penting dari segi prestasi enjin mahupun penggunaan bahan api.

5. SEAL

Pengguna mestilah memeriksa bahagian luaran enjin bagi memastikan tiada kebocoran berlaku. Cara lain untuk memeriksa kebocoran adalah dengin melihat kesan tumpahan minyak pada lantai dibawah tempat letak kereta pengguna. Pastikan semua seal dalam keadaan baik sekiranya pengguna ingin mengelakkan tumpahan minyak berklaku dan mengelakkan enjin daripada kekurangan minyak pelincir.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here