Red Bull tak minat Nico Hulkenberg

1009

Peluang Nico Hulkenberg untuk mencari pasukan Formula Satu tahun depan kelihatan pudar dan tipis selepas Red Bull menyatakan bahawa dia tidak menjadi sebahagian daripada perancangan pasukan itu manakala pasukan lain turut kurang berminat terhadapanya.

Pemandu Renault berusia 32 tahun itu berdepan masa depan tidak menentu selepas Renault memilih untuk menggantikannya hujung tahun ini dengan pemandu muda Perancis, Esteban Ocon di samping pemandu Australia, Daniel Ricciardo.



Harapan terbaiknya adalah pasukan Haas namun pasukan milik AS itu mengumumkan pada Grand Prix Singapura kelmarin, mereka akan kekal dengan gandingan Romain Grosjean dan Kevin Magnussen.

Ia menyaksikan Alfa Romeo, Red Bull, Toro Rosso di samping bekas juara Williams yang mungkin mempunyai kekosongan.

 

“Nico tiada dalam senarai kami,” kata bos Red Bull, Christian Horner kepada wartawan.

“Dia seorang pemandu profesional yang gagal memenuhi potensinya dalam Formula Satu,” katanya mengenai pemandu yang memegang rekod sukan itu bagi perlumbaan terbanyak namun tidak pernah menjejak kaki ke podium.

“Saya amat berharap dia akan mendapat pasukan kerana dia lebih bagus berbanding sesetengah pemandu di grid dan dia patut berada dalam perlumbaan F1.”

Nico Hulkenberg melakukan penampilan sulungnya bersama Williams pada tahun 2010 namun mereka menghuni tangga tercorot keseluruhan dengan hanya satu mata dan bergelut dengan kereta yang tidak kompetitif.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here