BMW M4 Edisi M Heritage: 6 daripada 750 unit menuju ke Australia

1950

Australia merupakan tempat yang tepat untuk kereta BMW M dan wang yang cukup di bank kerana tempahan untuk BMW M4 Edisi M Heritage akan dibuka tidak lama lagi. 

Walaupun jentera ini dihasilkan dalam 750 unit di seluruh dunia, hanya enam buah yang ditetapkan untuk tiba di Australia. Ianya terdiri dalam tiga versi berbeza, dinamakan Edisi 1, Edisi 2 dan Edisi 3, dengan harga permulaan pada AUD$167,529 (RM474,047). Jadi pelanggan yang meminatinya mestilah cepat untuk menempah mondel terbaru ini. 



Boleh didapati dalam warna Laguna Seca Blue, Velvet Blue atau Imola Red II, semuanya mempunyai jalur hiasan, trim bespoke carbon fiber dalam warna BMW M biasa dan bumbung serat karbon. Sorotan lain termasuk roda aloi ringan 20 inci yang diwarnakan kepada warna Orbit Grey, ‘Edition M Heritage‘ disulam pada headrests kerusi dan ‘Edition M Heritage X/750‘ yang ditulis di CFRP dalaman dan kusyen pintu.

Edisi 1 dilengkapi dengan luaran Laguna Seca Blue di atas bahagian kulit Silverstone/Black Merino dengan jahitan kontras berwarna biru. Edisi 2 menyediakan warna Velvet Blue metallic di luar dan pada two-tone leather upholstery, ditambah dengan jahitan kontras Velvet Blue/Orange. Untuk Edisi 3 pula disertakan dengan kulit merah/hitam Merino di bahagian dalam, dengan jahitan merah/kuning. Setiap kereta mendapat pelbagai peralatan standard, termasuk pengecasan telefon pintar tanpa wayar.

Seperti spesifikasi barisan M4 yang lain, BMW M4 Edisi M Heritage dikuasakan oleh enjin 3.0-liter, twin-turbo inline-six yang mana menghasilkan 444hp dan 550Nm tork. Pecutan pada 0-100km/j  memecut dalam 4.0 saat dan penggunaan bahan api purata berada pada 8.8l/100km dan pelepasan CO2 pada 204g/km.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here