Hyundai bakal melancarkan kereta utiliti sukan (SUV) di India tak lama lagi. Ia bakal dilancarkan pada bulan April tahun hadapan.
Reka bentuknya yang baru menandingi SUV jenama lain seperti Maruti Suzuki Vitara Brezza, Tata Nexon, Ford EcoSport, Mahindra TUV300 dan lain-lain.
Hyundai menunjukkan prestasi jualan yang baik sejak beberapa tahun kebelakangan di India dan trend ini dijangkakan berterusan pada tahun-tahun akan datang.
Syarikat kereta keluaran Korea itu juga meletakkan harapan tinggi kepada SUV ini. Jentera ini menunjukkan prestasi jualan model Creta yang baik di negara itu.
Baca Juga: Ini kenapa Proton pilih nama ProtonX70 untuk SUV pertamanya.
Mereka mahu mengukuhkan kedudukan SUV ini dipasaran India kerana sebilangan besar keuntungan datangnya dari hasil jualan kereta jenis SUV.
Jentera ini dijangka menggunakan reka bentuk yang sama seperti model i30 baru. Ia juga mungkin dilengkapi dengan enjin yang sama daripada Creta/i20.
Menarik juga reka bentuk Hyundai Carlino yang setanding dengan SUV terkenal jenama lain. Anda rasa patut tak Hyundai bawa masuk model ni ke Malaysia? Rasanya pasti akan mendapat sambutan juga.