Modenas Pulsar NS160 – Dilancarkan

2638

Masih hangat, Naked Sport Bajaj Modenas Pulsar NS160 telah dilancarkan hari ini.

Pelancaran disempurnakan oleh Dato Sri Syed Faisal Albar, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad bersama Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan.



Ternyata hasil kerjasama Modenas dan Bajaj Auto membuahkan hasil di mana sebanyak 10,000 unit telah terjual di negara kita.

Bajaj Auto merupakan pembuat motosikal terkemuka India.

Bajaj telah memperkenalkan tiga buah model sebelum ini iaituPulsar, V15 dan Dominar, ternyata telah berjaya menambat hati peminat dua roda di Malaysia.

Difahamkan Bajaj NS160 versi Naked Bajaj paling laris.

Harga yang ditawarkan untuk Modenas Pulsar NS160 ini ialah RM7,577.00 (tanpa cukai jalan/insuran/yuran pendaftaran)

Spesifikasi

Enjin – 4 Stroke, SOHC 4 Valve, Oil Cooled, Twin Spark DTS-i engine
Sesaran – 160.3cc
Kuasa – 1105 kW (14.8PS) @ 8500 rpm
Tork – (Nm @ RPM) 13.99 @ 6500
Kotak gear – manual 5 kelajuan
Suspensi depan –  Telescopik dengan Anti-friction Bush
Suspensi belakang – Nitrox monoshock absorber dengan Canister
Brek – Cakera depan (240mm), belakang (230mm)
Tayar – 90/90-r17 (depan), 120/80-r17 (belakang
Tangki bahanapi – 12 liter

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here