Max Verstappen terpantas latihan bebas kedua GP Russia

1209

Max Verstappen mencatat masa terpantas buat Red Bull pada sesi latihan bebas kedua Grand Prix (GP) Russia.

Max Verstappen mengatasi pemandu Ferrari, Charles Leclers yang sebelum ini mengungguli sesi latihan bebas pertama. Kedua-dua pemandu ‘generasi baharu’ itu yang berusia 21 tahun mengatasi Valtteri Bottas dan Lewis Hamilton daripada pasukan Mercedes.



Verstappen yang dikenakan penalti lima petak ke belakang kerana menggunakan enjin baharu mencatat masa 1 mint 33.162 saat untuk mengatasi charles Leclers yang memenangi perlumbaan GP Belgium dan Itali dengan perbezaan 0.355s.

Bottas menjadi pemandu ketiga terpantas diikuti Hamilton dan pemandu Ferrari, Sebastian Vettel yang menamatkan kemarau 13 bulan tanpa kejuaraan selepas menjuarai perlumbaan GP Singapura, minggu lalu. Pierry Gasly daripada pasukan Toro Rosso mencatat masa kelima terpantas.

“Saya tidak fikir kami akan menjadi pilihan dalam enam perlumbaan seterusnya tetapi itu tidak bermakna kami tidak boleh menang.

“Kami tahu betapa pantasnya Ferrari di litar lurus. Dalam tiga perlumbaan terakhir, kami ketinggalan di belakang dan tidak dapat mengatasinya.

“Buat masa sekarang apa yang saya boleh katakan dalam tiga perlumbaan terakhir, kami belum mencapai tahap 100 peratus,” kata Lewis Hamilton yang memenangi lapan daripada 15 perlumbaan setakat ini tetapi gagal mencatat sebarang kejuaraan dalam tiga perlumbaan terakhir selepas cuti musim panas.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here