Guzzi V7 III Rough sudah tiba di Malaysia

1581

Moto Guzzi V7 III Rough dibawa masuk DIDI Resources dengan tawaran harga pengenalan pada RM69,900. Harga pengenalan itu hanya ditawarkan dalam unit terhad sebelum ianya kembali ke harga asal iaitu RM75,000.

guzzi

Ia boleh dikatakan satu keluarga dengan Moto Guzzi V7 III Carbon yang sebelum ini dilancarkan di negara ini.



Berdasarkan spesifikasi yang diberikan, jentera itu dilengkapi dengan  enjin Moto Guzzi twin 750 mematuhi standard Euro 4 yang menghasilkan kuasa 52hp pada 6, 200rpm dan tork 60Nm pada 4,900rpm. Ia juga dilengkapi dilengkapi transmisi 6 kelajuan manual.

guzzi

Padanan rim saiz berbeza digunakan pada V7 III Rough dengan ukuran 18 inci di hadapan, manakala 17 inci di belakang yang kelihatan menggunakan tayar bunga kasar.

Berat keseluruhan jentera itu boleh diklasifikasikan agak berat kerana mencecah 209 kilogram. Kapasiti tangki bahan apinya sebanyak 21 liter (4 liter simpanan) dengan tahap penggunaan petrol 5.5 liter bagi 100km.

Bagi ciri keselamatannya pula, ia dilengkapi brek ABS two-channel, dua mod kawalan cengkaman dan cakera brek 320 mm dengan angkup Brembo empat piston di hadapan.

V7 III Rough juga dilengkapi teknologi terkini yang membolehkan ia disambungkan kepada telefon pintar. Aplikasi telefon yang boleh di muat turun daripada App store mahupun Google store ini mampu menyambungkan kenderaan anda dengan internet.

Dengan sistem multimedia ini, anda dapat merakam perjalanan anda. Segala rekod perjalanan akan disimpan terus ke telefon pintar anda. Sistem ini juga menganalisis jalan yang anda lalui serta menganalisis keadaan moto anda.

guzzi

V7 III Rough yang tampak gagah ini sangat sesuai bagi mereka yang inginkan jentera yang kelihatan menarik dan pada masa yang sama dilengkapi sistem multimedia terkini.

Menarik bukan? Apa pandangan anda tentang ciri-ciri serta spesifikasi yang ada pada V7 III Rough?

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here