Mitsubishi telah membuat kumpulan Mitsubishi Lancer Evolution yang terakhir. Lancer Evolution Final Editon iaitu no. 1,600 daripada 1,600 merupakan jualan pada pasaran Amerika yang sedang dilelong dalam talian di Amerika Syarikat, dan tawaran tertinggi mencapai $76,400 (RM320,345).
Mitsubishi Lancer Evolution mencecah harga kira-kira £60,000 (RM309,153), dan semua hasil jualannya akan pergi ke sepasang badan amal yang bergiat melawan kelaparan dan kebuluran.
Sementara pengakhiran Evo X di UK adalah versi istimewa 440hp, Amerika Syarikat mendapat sedikit versi “lebih jinak”, dalam bentuk Final Edition berkuasa 303hp. Ia masih mempunyai enjin turbo 2.0-liter, pacuan empat roda, dan transmisinya adalah jenis manual.
Apa yang akan datang untuk Lancer Evo belum diketahui. Tumpuan baru Mitsubishi pada model hibrid bermakna imereka boleh mencipta semula dirinya sebagai pengeluar kereta prestasi elektrik petrol, manakala yang lain telah membuat spekulasi bahawa ia akan mati sepenuhnya.