Kelebihan dan kelemahan Yamaha Y15ZR yang perlu anda tahu

29189

Yamaha Y15ZR sejak diperkenalkan, menjadi trend dan sangat popular pada masa kini di Malaysia, sehingga selebriti tempatan pun terjebak sama dalam modifikasi model berkenaan.

Menerusi posting FB Arena motor, terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan pada Ysuku.



Antara kelebihan Yamaha Y15ZR ialah :

1. Mudah modified.
2. Boleh up block dari 57.5mm hingga atas 70mm.
3. Banyak aksesori terkini.
4. Boleh convert gearbox 6 speed
5. Boleh tambah kickstarter
6. Pelbagai pilihan ECU
7. Ada Launch Control
8. Quickshifter, meletup macam mercun bola
9. Boleh Convert Dry Clutch ala Ducati
10. Pelbagai jenis ekzos dari Cutting Standard hingga Open
11. Pelbagai pilihan Swingarm di pasaran
12. Head macam-macam jenis
13. Dyno untuk setting cun.
14. Camshaft pelbagai brand
15. Perang harga
16. Pilihan Throttle body dan Injector pelbagai jenis.
17. Coverset menawan.
18. Tank 4.2L boleh up 7L
19. Lubuk rezeki dari Pomen hingga seller aksesori
20. Rim macam-macam pilihan

Antara kelemahannya pula ialah :

1. Bearing gearbox boleh barai bila-bila masa.
2. Bearing magnet makan crank
3. Gear starter pecah, material tak cun.
4. Rod standard boleh putus kalau up block lebih 62mm
5. Tak berani parking merata. Takut hilang.
6. Tak lepas roadblock.
7. Tak kalis orang gatal tangan.

Adakah anda setuju dengan semua senarai ini? Ada yang kami tertinggal?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here