Ferrari perlu jaga ego Sebastian Vettel dan Charles Leclerc

1121

Sebastian Vettel dan Charles Leclerc adalah ‘kombinasi berpotensi meletus’ yang perlu diurus dengan baik oleh Ferrari, kata bekas pengarah teknikal pasukan itu, Ross Brawn.

Brawn yang kini menjadi Pengarah Urusan Formula Satu (F1) untuk sukan permotoran, menjadi orang bertanggungjawab membawa pasukan Itali itu ke puncak kecemerlangan ketika Michael Schumacher meraih lima gelaran dunia berturut-turut dari 2000 hingga 2004 dan dua lagi bersama Benetton.



Vettel, 32, adalah juara dunia empat kali tetapi pemandu Jerman itu diatasi oleh bintang berusia 21 tahun sedang meningkat, Charles Leclerc yang meraih enam petak utama dan dua kemenangan.

Gandingan Sebastian Vettel dan Charles Leclerc itu menyerlah pada Grand Prix Russia, minggu lalu dengan berperang mulut di radio selepas Ferrari cuba bertukar posisi dalam usaha menemui kegagalan untuk meraih penamat 1-2.

Mercedes sebaliknya menang 1-2 perlumbaan itu dengan juara dunia lima kali Lewis Hamilton mendahului Valtteri Bottas untuk menamatkan tiga kemenangan berturut-turut Ferrari.

“Ferrari jelas sekali mempamer banyak peningkatan sejak beberapa minggu lalu tetapi masih perlu berdepan isu dalaman membabitkan dua pelumba mereka,” kata Brawn.

“Ia berkemungkinan gandingan yang boleh meletus dan perlu diurus dengan berhati-hati.”

Brawn berkata Vettel masih salah seorang pemandu terbaik di petak grid biarpun melakukan beberapa kesilapan sejak beberapa musim lalu manakala Leclerc adalah bakat hebat dan ‘bintang dalam pembikinan’.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here