Moto2 merupakan penyelamat – Hafizh

3879

Hafizh Syahrin mampu tersenyum Moto2 merupakan penyelamat beliau apabila menyertai Pasukan Angel Nieto Moto2 dan menggantikan Jake Dixon. Itu berita terkini tentang Hafizh Syahrin.

Jake DIxon tempatnya diambil alih oleh Hafizh Syahrin

Nampaknya Pasukan Angel Nieto tidak perlu untuk menunggu lama bagi mencari pengganti Jake Dixon yang akan berhijrah ke Pasukan Petronas Moto2 bagi musim 2020.

Hafizh cukup gembira kerana masih diberi kepercayaan dalam kejohanan Moto2.



“kami belum menandatangani kontrak sepenuhnya. Mungkin pada hujung minggu ini saya akan menandatangani kontrak tersebut” ujar Hafizh di litar Buriram.

Pelumba MotoGP Malaysia yang pertama ini menegaskan, “Moto2 merupakan penyelamat saya dan saya akan kembali ke Moto2 dan mungkin bukan cabaran baru, tetapi cabarannya sekarang adalah enjin berbeza.”

Pengalaman di dalam MotoGP akan di terapkan bersama-sama dengan pasukan barunya itu. Dan beliau tidak menggangap tahun 2020 adalah mudah baginya.

Menjadi lima pelumba teratas di setiap perlumbaan.Itu hasrat Hafizh Syahrin bagi kejohanan Moto2 pada musim 2020. Melangkah ke Podium sememangnya sasaran utama bersama pasukan baru.

Pasukan Angel Nieto Moto2 kini menggunakan casis KTM, Jentera Moto2 Angel Nieto belum diputuskan casis mana yang akan digunakan pada musim 2020.

Ini berikutan casis KTM tidak lagi digunakan pada musim depan, Pasukan terpaksa memilih samada mengunakan casis Kalex atau Speed ​​Up.

Hafizh menyerahkan segala keputusan kepada pasukan barunya dalam menyediakan motosikal bagi musim 2020.

Menurut beliau, peluang yang diberikan tidak akan disia-siakan dan berhasrat ingin kembali semula secepat mungkin ke kancah MotoGP.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here