Muizz Musyaffa mahu lakar lebih kejayaan

2138

Kejayaan yang dilakar pada perlumbaan ke-31 Kejuaraan Formula 4 Asia Tenggara (F4 SEA Championship) hujung minggu lalu, membuat pelumba remaja negara Muizz Musyaffa mahu meneruskan rentak cemerlang.

Berbaki dua pusingan terakhir di Filipina, apatah lagi dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang semakin hampir Muizz, 17, jelas mahu membuktikan keupayaannya sebelum bakal melangkah ke F3.



“Hujung minggu lalu, agak susah dengan keadaan litar dan cuaca tetapi perlumbaan hujung minggu lalu tetap cemerlang meskipun tidak mendapat keputusan hebat. Kita akan fokus kepada perlumbaan berikutnya,” katanya ketika sidang media di Petaling Jaya, hari ini.

Misinya kini adalah cuba merapatkan jurang dengan pendahulu keseluruhan Elias Seppanen dari Finland dan Lucca Allen dari Ireland meskipun jarak mata dengan kedua-dua mereka masih jauh.

“Memang jauh (untuk mengejar mereka). Jika saya dapat lakukan seperti di Sepang, meskipun kurang baik tetapi ia cukup membantu,” kata Muizz yang menduduki tangga ketiga keseluruhan ketika ini, berusaha menyamai pencapaiannya tahun lalu.

Bagi Penganjur F4 SEA, Peter Thompson ini adalah musim keempat perlumbaan Kejuaraan F4 SEA dan ia perlumbaan yang bermakna memandangkan ia langkah pertama dari sukan go-kart ke sukan permotoran bagi pelumba berusia 15, 16 dan 17 tahun.

“Kami bekerja dengan Muizz selama dua tahun dan ini kemenangan pertama buatnya tahun ini, ia sesuatu yang penting kerana kami mempunyai pelumba berbakat seluruh dunia,” katanya.

“Bagi Muizz, kemenangannya di laman sendiri sesuatu yang penting kerana dia berdepan situasi ketika perlumbaan, namun dia memberikan segala-galanya dan menang pada perlumbaan.”

“Perlumbaan F4 SEA mula mendapat pengiktirafan, saya fikir Asia mula menunjukkan peningkatan dalam sukan permotoran dan ia langkah demi langkah sebelum ke Formula Satu.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here