Ketahui manfaat wiper kereta diangkat ketika parkir

7680

Pendedahan kepada cahaya matahari yang terlalu panas nampaknya tidak baik untuk kereta. Akibatnya, beberapa fungsi teknikal di dalam kereta akan mudah rosak.Salah satu kesan buruk yang kerap berlaku, iaitu pengerasan getah penggilap cermin (wiper). Oleh itu, apabila digunakan, wiper akan bergeser dengan kaca dan kesannya sukar dihilangkan walaupun dengan air bersih.

Jika menggunakan wiper ketika ia meninggalkan goresan pada cermin, itu bermakna getah wiper mula mengeras atau ada banyak debu halus di kaca yang melekat.



Pencegahan paling mudah dibuat oleh pemilik kereta, iaitu dengan mengangkat wiper ketika parkir di kawasan yang terbuka. Kaedah ini dianggap berkesan kerana wiper tidak melekat terus ke kaca.

Oleh itu, kesan jangka panjang ialah getah wiper tidak rapuh. Kerana seperti diketahui, kaca adalah konduktor haba. Sebenarnya terdapat beberapa cara lain yang boleh dilakukan, alaskan getah wiper yang menyentuh cermin hadapan, untuk mengelakkan getah wiper cepat mengeras dan melindungi permukaaan cermin kereta.

Tetapi yang paling berkesan dan mudah dilakukan adalah mengangkat wiper. Tetapi perlu diingatkan bahawa kedudukan wiper seperti itu tidak boleh dibiarkan terlalu lama. Ini kerana spring yang berfungsi sebagai perapat jarak antara wiper dan cermin kereta akan rosak dengan mudah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here