Tester dikejutkan dengan berita jenama tersohor. Isu “Dipanggil Semula” bagi model Kawasaki Ninja H2 SX SE dan Ninja H2 SX. Kedua varian ini belum lagi menembusi pasaran tanah air. Kempen panggilan semula keselamatan, bermula dengan pasaran Amerika Syarikat.
Isu yang difailkan kepada NHTSA (National Highway Traffic Safety Administration) di Amerika Syarikat.
Isu keselamatan ini menjejaskan sebanyak 350 unit Ninja H2 SX SE yang telah dijual di Amerika Syarikat. Tongkat tengah motosikal (full stand”) yang longgar, itu merupakan isu utama yang turut melibatkan model Ninja H2 SX. Bagi model ini tongkat tengah ditawarkan sebagai pilihan selepas jualan.
Kimpalan kurang kemas pada pin tongkat tengah telah menyebabkannya bergerak atau tertanggal terus. Dan kebarangkalian spring yang memegang tongkat tengah tadi akan tertanggal serta mengakibatkan tongkat tersebut juga tertanggal dan jatuh ke tanah, itu yang dapat dikesan oleh Kawasaki.
Tidak mustahil insiden ini boleh berlaku sewaktu menunggang.Kita bernasib baik, apabila model ini masuk ke Malaysia sudah pasti segala-galanya telah dikemas kini.