BMW Motorrad Malaysia sediakan program servis dan waranti lanjutan pertama

1979

BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan tiga program penjagaan selepas jualan – Program Inklusif Minyak Enjin, Inklusif Servis dan Lanjutan Waranti buat para pelanggan baharu dan sedia ada yang memiliki motosikal premiumnya di Malaysia.

Menurut Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, “Sebuah pengalaman pemilikan yang sempurna merupakan kunci kepada ekspresi premium yang ingin dizahirkan oleh kenderaan keluaran BMW Group. Ia juga merupakan cara kami membezakan produk kami untuk menambah nilai buat para pelanggan dalam industri automotif premium ini.”



Minyak Enjin BMW Motorrad

BMW Motorrad Malaysia sedang menawarkan dua pilihan program yang meliputi tempoh tiga tahun (atau 30,000KM) atau lima tahun (atau 50,000KM) bagi program Inklusif Minyak Enjin mereka yang pertama.

BMW G 310 R (K03)

Program tersebut menawarkan servis minyak enjin yang lazim, ia merangkumi penggantian minyak original BMW ADVANTEC serta penapis untuk motosikal BMW baharu dan yang berusia bawah 10 tahun sejak pendaftaran pertama dibuat.

Rekod penyenggaraan motosikal harus berpandukan interval servis yang disyorkan serta perlu dibuat di pusat pengedaran BMW Motorrad yang bertauliah di dalam negara untuk menggunakan program ini secara sah.

Inklusif Servis BMW Motorrad

BMW R 1250 GS HP

Program Inklusif Servis BMW Motorrad menawarkan servis tambahan yang menjangkaui program Inklusif Minyak Enjin BMW Motorrad.

Dengan Inklusif Servis, perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi Pemeriksaan Injap, Pemeriksaan Minyak Fork, Penukaran Minyak Transmisi, Penggantian Palam Pencucuh, Penukaran Bendalir Brek, Penukaran Penapis Udara, Penggantian Tali Sawat CVT, Penukaran Penapis Bahan Api dan Penukaran Minyak Gandar Belakang.

BMW R 1250 RT

Tawaran program ini juga meliputi tempoh tiga tahun (atau 30,000KM) atau lima tahun (atau 50,000KM), dan ia tersedia untuk motosikal BMW berusia bawah 10 tahun dari tarikh pendaftaran pertamanya. Rekod penyenggaraan terdahulu bagi motosikal ini juga harus mematuhi interval servis yang disyorkan dan dibuat di pusat pengedaran BMW Motorrad yang bertauliah.

Lanjutan Waranti BMW Motorrad

Program Lanjutan Waranti BMW Motorrad menawarkan liputan tambahan ke atas tempoh waranti asal yang diberikan oleh pengeluar kenderaan, ia merangkumi kerja pembaikan menggunakan komponen original BMW.

Program ‘boleh tambah’ ini boleh dibeli sebagai pakej tambahan bertempoh satu atau dua tahun menjangkaui tempoh waranti asal, yang ditingkatkan kepada tempoh standard berdurasi tiga tahun bagi motosikal BMW yang didaftarkan bermula 1 Januari 2019.

Program ini ditawarkan untuk motosikal baharu dan yang berdaftar melebihi 90 hari dari tarikh pendaftaran pertamanya, namun ia tidak merangkumi penawaran BMW Motorrad bagi program Bantuan Tepi Jalan (Roadside Assistance) yang diperkenalkan pada awal tahun ini.

Harga Runcit yang disyorkan untuk Program Servis dan Lanjutan Waranti yang sulung ini adalah seperti yang tertera di dalam senarai harga yang dilampirkan. Kesemua program ini juga layak untuk mendapat pembiayaan penuh daripada BMW Group Financial Services Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here